Siakap Keli

“Minta Ambil Gambar Baju Untuk Dijual, Tapi Nak Servis Percuma,” Jurugambar Kecewa Masyarakat Masih Pandang Rendah Kerjaya Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Jika dahulu, fotografi hanya dijadikan sebagai hobi mahupun untuk merakam saat-saat indah untuk dijadikan kenangan. Namun kini, selari dengan kecanggihan teknologi dan permintaan yang tinggi, bidang ini telah berkembang menjadi satu kerjaya profesional. Malah, banyak universiti dan institusi pendidikan yang menawarkan kursus fotografi.

Seorang jurugambar memerlukan kemahiran, teknik dan ilmu pengetahuan yang tinggi tentang fotografi. Bukan mudah, mereka perlu mengorbankan wang, tenaga dan masa yang lama untuk ‘memenuhi kriteria’ sebagai jurugambar professional. Bahkan, untuk menangkap gambar yang cantik memerlukan kesabaran kerana nilai disebalik gambar itu adalah penting. Bukan boleh tangkap secara semberono sahaja.

Mungkin sebelum ini individu yang mahu menggunakan khidmat jurugambar tertanya-tanya mengapa ditawarkan harga mahal. Malah mungkin ada yang beranggapan bahawa profession sebagai Photograher adalah ‘bermodalkan’ sebuah kamera semata-mata. Seorang jurugambar, Azma Redzal telah berkongsi di laman Twitter tentang kerjayanya yang masih ramai belum sedar tentang realitinya.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Menurutnya, beliau terasa kecil hati dengan segelintir orang yang memandang rendah tentang kerjaya sebagai seorang jurugambar. Ceritanya bermula apabila salah seorang rakan menghubunginya untuk bertanyakan tentang perkhidmatan fotografi. Rakannya itu menyatakan bahawa ada seseorang yang memerlukan khidmat beliau untuk shoot gambar baju yang diniagakan tetapi mahu menggunakan khidmatnya ambil gambar secara percuma.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Perkara itu ternyata telah membuatkan Redzal tersentak kerana beliau telah berada dalam bidang tersebut lebih dari 3 tahun namun masih ada individu yang kurang mengerti tentang kepayahan kerjayanya. Redzal menyatakan bahawa peralatan yang digunakan bernilai hampir RM 12,000. Sama seperti kerjaya lain, beliau juga memerlukan duit untuk membayar dan menampung segala keperluan harian.

Ini Bukan Sahaja Soal Pengalaman Dan Kemahiran

Malah, Redzal memberi peringatan kepada individu terbabit supaya menghormati dan menyokong industri fotografi ini termasuk jurugambar junior (baru). Hal ini berikutan, jurugambar baru bukan sahaja perlu meningkatkan kemahiran mereka tetapi juga memerlukan wang untuk membeli peralatan.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Di samping itu, individu perlu mengambil kira kos perjalanan ke lokasi dan tenaga jurugambar jika hendak menggunakan perkhidmatan mereka. Jurugambar bukan sahaja ‘berkhidmat’ semasa proses fotografi tetapi juga selepas sesi itu di mana ia melibatkan kemahiran editing.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Mungkin ramai tidak tahu bahawa semua kamera mempunyai jangka hayatnya sendiri dan setiap shot akan mengurangkan ‘umur’ kamera tersebut.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Redzal menyatakan bahawa niatnya hanyalah untuk menyedarkan masyarakat tentang realiti sebenar industri fotografi.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Pada akhir ciapannya, Redzal menasihatkan semua untuk menghormati dan menghargai kerjaya dalam industri grafik dan multimedia. Mereka dalam industri ini sahaja yang tahu bahawa ia memerlukan kos yang tinggi untuk ‘memiliki’ kemahiran seperti itu. Ianya bukan kerjaya yang boleh dipandang enteng sehingga orang ramai boleh minta untuk mengurangkan harga sewenang-wenangnya. Ia kemahiran yang dimiliki oleh orang ‘terpilih’.

Gambar : Twitter Azma Redzal

Sumber : Azma Redzal

Jawatan Kosong Siakapkeli

1. Penulis/Writter

  • Terbuka untuk fresh graduate lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berumur 26 tahun dan ke bawah
  • Tiada pengalaman, tunjuk ajar akan diberi
  • Menguasai Bahasa Malaysia dan Inggeris dengan baik, menguasai bahasa ketiga adalah satu kelebihan
  • Mempunyai minat dalam bidang penulisan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi
  • Boleh berkerja Shift

2. Video Editor

  • Terbuka untuk lepasan Diploma atau Ijazah
  • Berpengalaman dalam bidang video editing
  • Mempunyai perwatakan menarik
  • Kreatif
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Mahir Adobe Premiere dan Final Cut Pro

3. Pelukis Komik

  • Terbuka kepada mereka yang kreatif menghasilkan kartun
  • Kreatif
  • Boleh bekerja berkumpulan
  • Berdisiplin, menepati masa dan boleh menyiapkan tugasan dalam yang diberi

4. Internship di Siakapkeli

Bidang dikehendaki Diploma/Ijazah (terbuka sepanjang tahun)

  • Media Kreatif
  • Bahasa Melayu
  • Masscomm (Journalism)
  • Multimedia/Animation
  • Seni Kulinari (Penyediaan Makanan)

Pengambilan untuk jawatan kosong adalah segera untuk kemasukan Mei 2019, Jika berminat e-mail resume (writter), resume & portfolio (video editor), resume & komik dengan kisah ringkas menarik (Pelukis Komik), hasil karya metilah dihasilkan sendiri ke [email protected]mereka yang terpilih akan dipanggil temuduga.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.