Siakap Keli

Laman Facebook Hina DYMM Agong Sudah Disekat

Sejak beberapa hari lalu, wargamaya dikejutkan dengan tindakan sebuah laman, dikenali sebagai Sabah – Sarawak Merdeka yang bertindak memuat naik gambar suntingan DYMM Yang Dipertuan Agong dengan kapsyen menghina.

Akibat tindakkan tersebut, rata-rata wargamaya bersatu pada mengecam tindakan pengendali laman tersebut yang dianggap tidak menghormati kedudukan Baginda sebagai Ketua Negara selain boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Malah, ada juga wargamaya yang menyeru supaya orang ramai membuat laporan kepada Facebook supaya laman berkenaan diambil tindakan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah pun memuat naik kenyataan rasmi mengecam perbuatan pengendali laman tersebut dan berjanji akan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingin.

Hari ini, melalui semakan kami di Facebook, laman berkenaan sudahpun tiada dipercayai sudah disekat oleh Facebook.

SKMM dalam kenyataan media menyatakan bahawa perkara berkenaan akan disiasat di Syeksen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM 50,000 atau dipenjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.