Siakap Keli

Rasmi: Tok Mat Pertahan Kerusi Dun Rantau

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Utama Mohamad Hassan atau lebih mesra dipanggil Tok Mat secara rasmi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Rantau akhirnya.

Tok Mat yang setakat ini berjaya meraih undi sebanyak 10,397 undi jauh meninggalkan calon dari Pakatan Harapan, Dr. Streram yang hanya berjaya mendapat 5,887 undi dan selebihnya kepada calon parti Bebas, R.Malar 83 undi dan Mohd Nor Yassin 79 undi.

SPR

Keputusan yang dikatakan sudah dijangka memandangkan Tok Mat sudah beberapa penggal menduduki kerusi dun itu sejak beliau memegang jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini.

Kemenangan calon BN kali ini telah mencatat kemenangan hatrik untuk 3 PRK berturut-turut apabila BN berjaya memenangi PRK Cameron Highland, Semenyih dan yang terbaru DUN Rantau.

PRK DUN Rantau ini terpaksa diundi semula selepas mahkamah membatalkan kemenangan Tok Mat ketika PRU ke-14 tahun lepas dan selepas calon Pakatan Harapan Dr. S. Streram menfailkan petisyen supaya membatalkan kemenangan Tok Mat kerana mendakwa berlaku salah laku.

Sumber: SPR

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)