Siakap Keli
Sumber: skynews

“Didesak Bersara, Diherdik, Tajaan Ditarik Dan Ditinggalkan,” Kisah Duka Tak Terluah Disebalik Kejayaan Terbaru Tiger Woods

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut sahaja nama Tiger Woods, kita semestinya akan terbayang tentang seorang lagenda handal bermain golf yang namanya sering disebut-sebut sejak tahun 1997 lagi. Tiger Woods atau nama sebenarnya Eldrick Tont Woods dianggap sebagai ‘dewa’ dalam dunia golf dan merupakan pemain golf terbaik sepanjang masa.

Mungkin sekali imbas, ramai orang akan membayangkan kehidupan indah Tiger Woods. Manakan tidak, beliau telah memenangi pelbagai anugerah, memegang rekod dunia, memperoleh banyak pencapaian dan boleh dikatakan miliki segalanya. Namun, disebalik semua itu, masih ada kisah duka yang tidak tercerita mahupun terluah.

Gambar : Suzaime Zakaria

Seorang pengguna Facebook, Suzaime Zakaria telah berkongsi dalam hantarannya mengenai kisah Tiger Woods. Beliau menyelami kehidupan Woods dan membuktikan bahawa tiada jalan mudah untuk mendapatkan kejayaan. Menurut Suzaime dalam perkongsiannya itu :

Tiger Woods, Lagenda Dunia Golf Terkemuka

Ambo tidak pernah minat golf. Juga tidak pernah cuba bermain golf. Namun satu perkara tentang golf yang ambo minat adalah Tiger woods.

Semalam, selepas 11 tahun, Tiger Woods kembali memenangi kejuaraan Master. Hampir semua peminat beliau dan orang yang mengikuti perjalanan golf beliau menitiskan air mata. Kenapa begitu?

Gambar : Golf Digest

Tiger Woods telah melalui segalanya yang mungkin meranapkan impian manusia. Tapi beliau tetap bangun walaupun berkali kali jatuh. Masih ingat persoalan itu? Jatuh 7 kali. Bangun 8 kali.

Beliau Pernah Cedera, Bukan Sekali Tetapi Berkali-Kali

Kaki kiri dibedah lebih 3 kali. Kaki kanan juga begitu. Leher beliau beberapa kali bermasalah. Belakang beliau telah dibedah 4 kali. Rujuk gambar dibawah.

Gambar : ABC News

Beliau pernah berada dalam keadaan fizikal yang teruk. Tak dapat memukul bola golf. Sukar memegang kayu golf. Tak dapat tunduk untuk mengambil bola golf dan pelbagai lagi kesukaran fizikal lain. Ini mungkin disebabkan regim latihan fizikal beliau yang ala ala tentera hasil didikan ayah beliau sejak beliau mulai bermain golf. Namun beliau tetap melalui semuanya dengan tabah dan kembali memulihkan fizikal beliau dengan baik.

Gambar : Thoughtco.com

Dia Juga Manusia Biasa, Pernah Mengalami Perpisahan

Beliau bercerai dengan cinta hatinya Elin Nordegren, seorang model jelita dari Sweden ketika di kemuncak kerjaya. Perceraian ini begitu memberi kesan kepada beliau. Elin khabarnya mendapat pampasan lebih 100 juta.

Dengan Elin beliau mendapat dua orang anak. Anak lelaki beliau Charlie berumur 10 tahun dan anak perempuan beliau Sam berumur 11 tahun.

“Oo ya. Don’t worry. It is Tiger.”

Beliau telah pun mempunyai kekasih baru. Erica Hermen. 10 tahun muda daripada beliau. Erica adalah bekas pengurus salah satu restoran milik Tiger woods. Erica selalu kelihatan bersama Tiger kebelakangan ini.

Gambar : Golf Digest

Tiada Yang Terlepas Dari Lakukan Kesalahan

Beliau pernah ketagih dengan perkara terlarang termasuk ubat ubatan atau dadah kerana sakit yang dialaminya. Beliau lalui semuanya. Beliau juga mengambil bahagian dalam sesi terapi serta kaunseling untuk menyelesaikan masalah itu. Beliau juga pernah ditangkap kerana melanggar pokok setelah bergaduh dengan Elin.

Malah pernah ditangkap kerana berada di bawah pengaruh dadah dan membahayakan lalu lintas pada 2017.  Selepas itu beliau mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa beliau sebenarnya berada di bawah pengaruh ubat.

Gambar : Golf Digest

Sesiapa Pun Pasti Akan Alami Masa Sukar

Beliau merupakan antara ahli sukan terkaya di kemuncak kerjaya beliau. Sebahagian besarnya adalah melalui penajaan. Namun bila berlaku kes perceraian beliau dengan Elin serta skandal beliau yang cukup memalukan itu, ramai penaja menarik diri.

Hanya Nike dan beberapa lagi sahaja yang setia dan memberi sokongan kepada beliau.

Gambar : Golf Digest

Beliau telah dilabelkan dengan pelbagai gelaran yang teruk. Pernah dalam satu dokumentari, beliau ditunjukkan respon orang ramai bila disebut nama beliau.

Semuanya mencaci beliau. Teruk bahasa yang digunakan terhadap beliau. Dan semua mereka memberi saranan supaya beliau bersara. Masa beliau di dalam sukan golf telah lama tamat. Beliau mendengar semua itu dengan sabar. Kemudian beliau hanya tersenyum.

Beliau sebenarnya telah pun menjadi lagenda dalam sukan golf. Sukar bagi orang lain untuk mendekati rekod dan pencapaian beliau. Beliau boleh bersara dengan tenang.

Gambar : IOL

Namun beliau tetap bermain. Kelihatan dalam kejohanan Master kali ini, Michel Phelps, lagenda renang dunia berada di belakang beliau memberi sorakan.

Phelps memang diketahui umum pernah terlibat dalam masalah ketagihan dan berjaya keluar dari masalah itu. Beliau turut menjadi rakan buat Tiger membantu beliau melalui proses untuk membuang ketagihan.

Jack Nicklaus. Phil Mickelson. Magic Johnson. Le Bront James. Kobe Bryant. Tom Brady. Semua tokoh sukan lagenda ini mengucap tahniah kepada beliau.

Michael Phelps (Gambar : Golf Digest

Bahkan Serena Williams juga turut mengucap tahniah. Katanya, beliau melihat Tiger woods menjulang kejuaraan ini dengan tangisan kerana beliau tahu dengan segala masalah kecederaan itu, bukan satu perkara senang untuk kembali ke puncak.

Gambar : Suzaime Zakaria
Gambar : Suzaime Zakaria

Ketika kerjaya beliau merudum beliau pernah berkata.

Dulu saya bermain kerana ayah dan ibu saya. Namun kini saya bermain untuk diri saya sendiri.

Beliau bergelut untuk kembali ke puncak prestasi. Sebaik beliau menang, beliau terus memeluk erat anak-anak persis ketika kali pertama menang pada 1997. Ketika itu beliau memeluk erat mendiang bapa beliau.

Gambar : Daily Herald

Beliau menjelaskan di sidang media selepas itu.

Dulu bapa saya menjadi motivasi terbesar saya. Beliau yang selalu membentuk saya, memberi saya semangat untuk menjadi yang terbaik.

Namun kini saya pula yang telah menjadi seorang ayah. Saya ingin memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak saya. Mereka lahir ketika saya di zaman kejatuhan. Bagi mereka golf adalah sesuatu yang telah menyakitkan ayah mereka. Golf adalah pemberi masalah kepada ayah mereka. Namun saya harap kemenangan ini akan memberi mereka kenangan manis terhadap golf.

Nike yang menjadi penaja setia beliau mendapat durian runtuh selepas Tiger woods menang semalam. Hampir semua produk Nike berkait Tiger woods dikatakan sold out.

Nike juga telah membuat video khas meraikan kemenangan Tiger. Video itu menunjukkan Tiger yang berusia 3 tahun bercakap tentang impian beliau untuk menjadi lagenda golf yang lebih baik dari Jack Nicklaus.

Check out @Nike’s Tweet: https://twitter.com/Nike/status/1117497381832933376?s=09

Jangan Berhenti Kejar Impian

Kata Nike… Jangan sesekali berhenti mengejar impian kita yang gila tu. Apa yang dilakukan oleh Tiger woods ini memberi pengajaran kepada kita.

Kita boleh sahaja melakukan semua kerja dengan penuh komitmen demi untuk menunjukkan kepada pengkritik kita bahawa mereka sebenarnya salah. Namun, motivasi yang jauh lebih baik daripada itu adalah kita berusaha untuk menunjukkan kepada diri kita sendiri bahawa intuisi atau gerak hati kita sebenarnya adalah benar serta betul.

Gambar : Golf Digest

Serendah Mana Pun Kita Jatuh, Insya Allah Kita Akan Mampu Untuk Bangun.

Tiger woods mengakui kelemahan beliau dan mendapatkan bantuan untuk mengatasinya. Itu cara terbaik. Dan beliau bertuah mempunyai rakan-rakan setia yang selalu di samping beliau untuk melalui segala episod hitam kehidupan ini.

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=qFNiGlRNZLA?start=3] Sumber : Suzaime Zakaria 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.