Siakap Keli
Gambar: Arwind Kumar

“Saya Fikir Dia Gembira, Bahagia,” Apa Yang Terjadi Kepada Lelaki Ini Bukti Yang ‘Depresi Itu Bukan Satu Jenaka’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin anda atau orang disekeliling pernah alami depresi namun tidak menyedarinya. Depresi atau kemurungan adalah gangguan mood yang dialami oleh seseorang yang menyebabkan mereka rasa rendah diri, sedih dan hilang minat untuk berbuat apa-apa. Ia merupakan masalah yang dihadapi dalam jangka masa yang panjang secara berterusan.

Menurut fakta, kemurungan ini berlaku lebih kerap kepada wanita berbanding lelaki dan ia dikatakan berpunca dari genetik, biologi, pengaruh sekeliling dan psikososial [1]. Depresi merupakan penyakit mental yang akan mengganggu aktiviti seharian pesakit dan menjejaskan hubungannya dengan orang sekeliling.

Namun masih ramai lagi yang belum sedar tentang hakikat masalah depresi ini. Ada kalangan masyarakat yang kurang cakna isu ini dan hanya menganggap orang yang mengalaminya (depresi) sebagai individu lemah yang tidak mampu berdepan dengan tekanan. Persepsi seperti itu sepatutnya dibuang jauh-jauh.

Arwind Kumar (Gambar : Youtube)

Seorang influencer, Arwind Kumar mula terkenal di laman Youtube apabila sering memuat naik video kelakar yang berunsur pengajaran. Beliau yang juga dikenali sebagai Mak Cik Rosmah (MCR) pernah dijemput beberapa kali ke rancangan bual bicara. Jika sebelum ini Arwind selalu memuat naik hantaran yang penuh humor, kali ini Arwind tegas menyatakan dalam status di Facebooknya tentang masalah depresi.

Hantarannya itu menjadi tular dan dikongsi lebih dari 6,600 kali oleh pengguna laman terbabit. Menurutnya :

Kemurungan ‘Membunuhnya’

7  Tahun lalu, saya telah jatuh cinta dengan seseorang memiliki keperibadian terindah yang pernah saya jumpa. Semua yang saya ingat tentang kami hanyalah kegembiraan dan gelak ketawa. Dia cukup sempurna, punyai keanggunan dan kehadirannya begitu menyenangkan. Saya fikir, dia bahagia.

Gambar: Arwind Kumar

2 hari lalu, saya dapat tahu dia ‘tewas’ akibat kemurungan. Saya mulai gementar dan dipengaruhi perasaan takut. Air mata saya mulai jatuh, lalu saya menutup muka dengan bantal dan menjerit sekuat-kuatnya. Saya tertanya-tanya punca ia berlaku, bagaimana dan mengapa?

Bertalu-talu persoalan muncul. Walhal sebelum ini dia kelihatan baik-baik sahaja dan gembira. Namun ternyata saya salah, jiwa dia sebenarnya ‘mati’.

Saya betul-betul membenci diri sendiri, saya sangkakan dia okay tapi sebenarnya tidak. Saya akan jadikan ‘kehilangan’ ini sebagai cahaya untuk menyedarkan dan memberi pengajaran kepada orang ramai.

Akhirnya setelah saya sedar setelah saya bertanya kepada beberapa individu tentang apa yang mereka takutkan. Mereka menjawab :

  1. Kesepian
  2. Tidak menjadi yang terbaik (tak cukup baik)
  3. Tidak disayangi

Akhrinya terbongkar juga kebenaran yang selama ini tersembunyi. Saya tidak pasti berapa ramai lagi yang berada dalam situasi ini. Pemikiran sebegini mula bercambah menjadi benih yang mampu memusnahkan diri dari dalam. Mungkin selama ini misi saya hanya untuk menyembuhkan tapi kini misi untuk menyelamat adalah lebih utama.

Gambar Hiasan

Terima kasih, saya akan menganggap pemergian ini sebagai penyuluh kepada saya untuk menyelamatkan orang lain. Saya akan mencuba, sekuat mungkin. Saya mencintai awak, berehatlah sayang dalam cahaya kedamaian.

Untuk mereka diluar sana, tolong ambik tahu antara satu sama lain. Rajinkan bertanya keadaan diri mereka sama ada mereka benar-benar okay atau tidak. Tanya juka ada ‘sesuatu yang mengganggu’ mereka. Jika ada, bolehkah anda membantu mereka? Hadirkan diri anda,biar mereka rasa anda mengambil berat, hulurkan bantuan jika perlu kepada mereka.

Benarlah kata-kata orang, mereka yang terlihat gembira adalah mereka yang suka menyimpan kedukaan di dalam hati. Mereka mungkin terlihat seakan bahagia namun sebenarnya menderita di dalam.

Depresi bukan satu jenaka, ia bukan perkara kecil malah ia mampu membunuh. Bercakaplah, luahkan kepada seseorang. Jangan biar depresi menjadi punca kebinasaan anda.

Rujukan

[1]

Sumber : Arwind Kumar 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.