Siakap Keli

Patutlah Dijadi Gambar Latar Dalam Filem Transformers 4, Rupanya Keindahan Chongqing Ini Memang Betul-Betul Memukau

Semua orang pasti punyai inginan untuk pergi melancong sama ada di dalam mahupun di luar negara. Berkunjung ke tempat-tempat menarik bersama teman mahupun keluarga semestinya akan terpatri sebagai memori yang paling indah. Oleh itu, ramai orang akan memilih untuk pergi ke tempat yang mempunyai panorama serta nilai sentimentalnya.

Kebiasaannya sebelum memilih destinasi, anda tentunya akan membuat carian di media sosial, laman sesawang mahupun bertanya sendiri kepada rakan-rakan tentang tempat menarik untuk dilawati. Sambil melihat gambar tempat percutian di telefon, tiba-tiba mata anda terpukau seketika tatkala ternampak sebuah bandar yang begitu gah ‘berdiri’.

Gambar : Bussiness Times
Gambar : Bussiness Times
Gambar : Bussiness Times

Ramai Tak Tahu Ini Sebenarnya Antara Bandar Terunik Dan Popular Di Dunia

Seperti yang diketahui China mempunyai populasi penduduk yang tertinggi dan merupakan ‘pemegang’ ekonomi dunia selepas Amerika Syarikat. China juga merupakan negara yang terkenal dari segi kebudayaan, sejarah lama dan disebabkan itulah ia sering menjadi pilihan para pelancong.

Selalunya kalau mahu melancong ke China, mesti anda akan terbayang tempat popular macam Beijing, Shanghai, Xi’an atau Macau. Tapi sesungguhnya masih ada satu tempat lagi yang best gila namun masih ramai orang yang tak tahu. Chongqing, sebenarnya nama bandar ini sering ‘disebut’ di semua platform media sosial seperti Twitter, Facebook mahupun Instagram. Tapi mungkin ada di antara kita di Malaysia yang tak pernah dengar langsung tentang Chongqing.

Jangan risau sebab kami yakin, belum sempat anda baca artikel ni sampai habis, anda dah rasa nak tempah terus tiket kapal terbang ke sana. Sebab Chongqing ni bukan tempat biasa-biasa tau!

Chongqing adalah sebuah bandar perlabuhan moden yang terletak di China dengan luas 31, 800 batu persegi (82,400 kilometer persegi), ia bersempadan dengan wilayah Hubei, Hunan, Guizhou, Sichuan, dan Shaanxi.

Ia dikenali sebagai ‘Mountain City’ kerana Chongqing masih mengekalkan persekitaran semula jadinya walaupun dalam keadaan ekonomi dan infrastruktur yang pesat membangun. Malah lebih mengagumkan, Chongqing juga kaya dengan pemandangan yang mempersona, gunung-ganang, empangan (rizab air), sumber mineral serta flora dan faunanya.

‘Mesin Masa’ Rentas Dinasti

Untuk anda yang masih tercari-cari destinasi pelancongan yang terbaik, kami sarankan kepada anda untuk berkunjung ke sini sebab anda boleh menikmati percutian lima bintang dengan bajet yang berpatutan. Di sini anda boleh melihat kecanggihan dan kemodenan bangunan pencakar langit sehinggalah ke monumen lama yang mampu membawa anda ‘merentas masa’ ke zaman dahulu.

1. Pekan Lama Ciqikou

Pekan ini sememangnya terkenal di kalangan pelancong. Ia merupakan tempat yang dapat menggamit memori zaman lampau tentang kehidupan pada dinasti terdahulu. Pekan ini dikatakan merupakan antara tempat terawal di China yang dijadikan tempat pengeluaran barangan seramik pada tahun 1368 sehingga 1644.

Pekan ini membawa anda jauh ke zaman silam, di sekeliling anda dipenuhi dengan kedai kraftangan, kedai teh dan kedai runcit yang menjual barangan antik. Di sana, anda boleh melihat pelbagai rekaan seramik yang unik dan tidak mungkin ditemui di tempat lain.

Gambar : China Tour
Gambar : China Tour

2. Stesen Liziba

Bukan kereta api biasa, mungkin anda sudah biasa menaiki pengangkutan awam namun pernahkah anda menaiki kereta api yang melalui blok bangunan rumah? Ia menjadi berita sensasi dunia pada tahun 2017 apabila arkitek hebat telah mereka cipta sebuah steten kereta api ‘eksklusif’ iaitu Chongqing Rail Transit.

Ia merupakan cadangan bijak dan kreatif bagi menyelesaikan isu kekurangan ruang untuk membina stesen. Jika anda berkunjung ke sini, anda semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menaiki keretapi yang melalui ‘celahan’ bangunan 19 tingkat ini. Lebih mengujakan apabila penduduk kawasan blok berkenaan langsung tidak  terkesan dengan bunyi kereta api  kerana ia telah dilengkapi dengan alat khas untuk mengurangkan bunyi.

Gambar : Dailymail.co.uk

3. Taman Nanshan

Taman Nanshan di kelilingi oleh kawasan pergunungan Nanshan yang mempunyai ketinggian 681 meter. Apabila berada di sana, anda akan berada seolah-olah ‘bersatu’ dengan alam semulajadi sambil menikmati keindahan serta keharuman bunga.

Di sini, anda boleh berkunjung ke taman botani Nanshan untuk melihat pelbagai jenis tumbuhan dan pohon berbunga. Taman ini selalu jadi pilihan pengunjung untuk bergambar. Jangan lupa untuk menangkap gambar dan muat naik ke media sosial, pastinya followers anda akan jealous bila tengok keindahan suasana di sini.

Gambar : China Daily
Gambar : Tripadvisor.co.uk
Gambar : Tripadvisor.co.uk

4. Kereta kabel Sungai Yangtze

Kalau di negara kita, bas sering digunakan di atas jalanraya, namun yang uniknya di Chongqing ini, mereka menggunakan kereta kabel sebagai ‘bas udara’. Kereta kabel ini melintasi Sungai Yangtze dari stesen utara ke stesen selatan. Ia mula dibuka pada tahun 1987 bertujuan untuk memudahkan para penduduk di sana. Seiring dengan masa, ia kini menjadi tumpuan para pelancong dan digelar sebagai koridor udara pertama di sungai Yangtze.

Gambar : Travel Guide
Gambar : Youtube

Terpukau, Panorama Mengasyikkan Waktu Malam

Bandar Chongqing bukan sahaja menjadi tumpuan pada siang hari tetapi juga pada waktu malam, malah ia lebih meriah! Tidak sah kalau anda tidak berkunjung ke Gua Hongya. Gua Hongya terletak di zon persimpangan sungai Cangbai, Yangtze dan Jialing.

Ia merupakan bangunan tradisioanal yang bertingkat. Uniknya, bangunan ini dibina ‘bersandar’ digunung dan berada di tepi sungai. Tempat ini menjadi saksi sejarah dan simbol kebudayaan masyarakat di sini. Untuk anda yang gemarkan ‘cerita lampau’ atau bangunan lama, ini adalah tempat yang bersesuaian dengan jiwa anda.

Gambar : Top China Travel
Gambar : Top China Travel
Gambar : Top China Travel

Malah pada jam 8.00 malam, kawasan rekreasi terbesar di Jalan Nanbin berhampiran menara emas berkembar Sheraton akan mengadakan pertunjukan air pancut berirama. Seluruh tempat di sana seakan mencipta ‘fenomena’ bergemerlapan dengan limpahan cahaya lampu dari bangunan.

Gambar : Chongqing Guide
Gambar : Chongqing Guide

Tidak dilupakan, tempat popular yang anda harus lawati pada waktu malam adalah Dewan Besar atau dipanggil sebagai Auditorium Rakyat Chongqing yang terletak di Daerah Yuzhong. Ia merupakan simbol kebudayaan, politik dan seni bina di Chongqing.

Gambar : Visit Our China

Tak Lekang Dek Panas, Tak Lapuk Dek Hujan, Monumen Bersejarah Gamit Memori

Klasik dan elegan, kedai Teh Traffic merupakan sebuah tempat untuk bersantai yang sudah berusia puluhan tahun. Kedai ini kelihatan sungguh antik mirip suasana zaman dahulu di mana orang ramai berkumpul sambil bermain kad, dam, minum dan berbual.

Gambar : kikbb
Gambar : kikbb

Bukan sahaja kaya dengan sumber semula jadi, Chongqing juga terkenal dengan monumen sejarah. Antaranya adalah Institut Seni Halus Sichuan. Ia telah wujud lebih dari 64 tahun dan merupakan salah satu daripada empat akademi seni yang paling terkemuka di China.

Gambar : Arcdaily

Bukan itu sahaja, anda yang menggemari seni ukiran pastinya kagum dengan Ukiran Batu Dazu. Ia adalah tempat yang mempamerkan ukiran batu berbentuk patung yang telah diukir sejak dari abad ke-7. Ukiran batu di situ dipengaruhi oleh kepercayaan Buddha, Confucian dan Taois.

Gambar : China Tour Guide
Gambar : China Tour Guide

Terlalu Indah Sehingga Cipta Fenomena Perfileman

Chongqing sememangnya destinasi terbaik, ia mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta dengannya. Perkara ini dibuktikan oleh pengarah filem Transformer 4 : Age of Extinction, Micheal Bay yang memilih Wulong Mountain Forest Park sebagai tempat untuk pengambaran filem tersebut.

Gambar : China Discovery
Gambar : China Discovery
Gambar : Christ Travel Blog
Gambar : Christ Travel Blog
Gambar : Christ Travel Blog
Gambar : Christ Travel Blog
Gambar : Christ Travel Blog
Gambar : Christ Travel Blog
Gambar : Variety
Gambar : Naturalarches.org
Gambar : Naturalarches.org

Syurga Membeli-Belah Kegilaan Pelancong

Chongqing digambarkan seperti syurga membeli belah di mana ia sentiasa menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat. Jika di Malaysia ada Petaling Street, di sini ada Jiefangbei Pedestrian Street, Guanyinqiao Shopping Street, Three Gorges Square, Nanping Pedestrian Street dan Yangjiaping Pedestrian Street. Pusat membeli-belah di sini menawarkan pelbagai jenama, jenis barangan dengan harga yang rendah dan berpatutan.

Jiefangbei Pedestrian Street (Gambar : Top China Travel)
Guanyinqiao Shopping Street (Gambar : Top China Travel)
Three Gorges Square (Top China Travel)
Nanping Pedestrian Street (Gambar : Top China Travel)

Port Terbaik Pencinta Makanan

Kalau pergi melancong, perkara pertama yang kita teruja nak cuba pastinya makanan. Tak perlu risau kerana di sini ada banyak tempat yang menyediakan makanan halal yang sememangnya sedap. Di Chongqing, makanan yang wajib anda cuba Hotpotnya. Daging, bebola, sayur dan pelbagai campuran membuat sesiapa sahaja tidak sabar untuk menikmatinya. Tambah menyelerakan apabila makanan yang direbus tadi dicicah dalam sos buatan sendiri, memang sedap!

Gambar : Telegraph.co.uk

Skewer atau makanan yang bercucuk semememangnya menjadi pilihan masyarat tempatan dan popular dikalangan pelancong. Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba daging yang digaul ramuan rahsia lalu dipanggang. Banyak gerai terutamanya di tepi jalan dan pasar malam menyediakan masakan sebegini.

Gambar : Eating Asia
Gambar : Eating Asia

Sebenarnya, masih banyak lagi yang belum dapat kami ungkapkan dengan kata-kata tentang keunikan, kebudayaan, tempat menarik dan ‘kemewahan’ sumber alam di kota Chongqing ini. Sebab itulah kami sangat galakkan anda untuk pergi melihat sendiri semuanya, baru puas hati!

Jadi, jangan lupa terus telefon suami, kakak, abang, mak, ayah atau rakan-rakan beritahu mereka bahawa Chongqing adalah destinasi yang anda semua wajib lawat tahun ini. Semuanya ada dalam satu tempat, memang takkan menyesal pergi sini.

AirAsia Tengah Buat Promosi Penerbangan Terus Dari Kuala Lumpur Ke Chongqing

Woww, macam kena pulak dengan masa kan, sebab sekarang ni AirAsia tengah buat promosi khas untuk penerbangan terus ke Chongqing dengan hanya dari RM329 sehala untuk Big Members dan RM 334 sehala untuk harga bukan ahli.

Bagi yang inginkan keselesaan di dalam flight, anda juga juga ada option untuk Premium Flatbed RM999 sehala untuk Big Members dan RM 1004 sehala untuk bukan ahli, seriously berbaloi!

Jadi, apa yang ditunggu lagi, cepat-cepat ke laman web AirAsia atau aplikasi mobile AirAsia dan tempah tiket ke Chongqing. Promosi hebat ini hanya sehingga 21 April sahaja dan terbang dari sekarang hingga 30 September 2019.

&nbsp

fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di