Siakap Keli
Gambar : RCR Wireless News

Orang Ramai Dijemput Rasai Masa Hadapan 5G Hujung Minggu Ini

Putrajaya : Orang ramai boleh melihat sendiri masa hadapan dunia yang dihubungkan dengan teknologi 5G dalam Pameran 5G Malaysia di Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini mulai esok sehingga Ahad ini

“Mari dan rasai masa depan,” kata Pengarah Jabatan Gaya Hidup Digital dan Masyarakat  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, John Tay.

Terdapat 25 pempamer dengan pelbagai teknologi, antaranya dron dengan kecerdasan buatan, pengecaman muka dan stesen dok, robotik, robotik (4IR) Revolusi Perindustrian Keempat dan tinju robot seperti manusia.

Tay berkata aktiviti seperti ini adalah penting terutama pada generasi muda untuk memupuk teknologi yang sentiasa berkembang pesat bagi memastikan mereka  bersiap sedia untuk menerima 5G.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.