Siakap Keli
nextshark.com

Remaja Ini Jahit Sendiri Gaun Untuk Majlis Makan Malam Graduasinya, Hasilnya Amat Mengagumkan

Seorang remaja wanita dari Filipina ini tular kerana menjahit sendiri gaun yang dipakai olehnya semasa majlis makan malam graduasinya. Difahamkan gadis tersebut bernama Ciara Gan dan merupakan salah seorang pelajar di Colegio San Agustin-Makati.

nextshark.com

Menurut Ciara, beliau tekad untuk menjahit sendiri gaun tersebut kerana kecewa dengan cubaan pelbagai pihak untuk mereka gaun yang menepati citarasanya.

nextshark.com

Dalam temu bual bersama Fox 5, gadis yang baru sahaja bergraduasi dari sekolah menengah itu mengatakan dia dan ibunya telah membeli 13 meter fabrik, crinoline, rigiline, Pilon, dan kristal Swarovski untuk menghasilkan gaun tersebut. Pada asalnya dia dan ibunya telah meminta bantuan dari ramai tukang jahit tempatan untuk menghasilkan gaun tersebut. Namun, hasilnya amat mengecewakan kerana ianya kelihatan mengerikan dan tidak menepati citarasanya.

Dengan bantuan dan dorongan dari ibunya sendiri, Ciara nekad untuk menghasilkan gaun yang dijahit oleh dirinya sendiri.

LINE Today

Minggu lalu Ciara telah membuat satu tweet bagi berkongsi gambar gaun tersebut dengan kapsyen “I made and painted my own gown for my graduation ball, I painted over 80 flowers, sewed + stone my dress with my mama and designed the whole thing myself!”.

Menurut Ciara lagi, “my mom and I made…sewed each panel of the skirt one-by-one (there are about 12-13 I think!) It took me about a whole month to make the whole thing (conceptualizing and drafting). For the painting, it took five days”. 

Kata Ciara untuk menghasilkan gaun tersebut, ianya mengambil masa selama sebulan bermula dari konseptualisasi dan penyusunan rekaan sebelum diteruskan dengan proses menjahit. Manakala, bagi proses melukisnya pula mengambil masa selama 5 hari.

I wanted my gown to be a manifestation of who I am and the things that are too closest to my heart, like the color green and the vibrant colors because that’s who I am“. Tambah Ciara lagi.

Ciara yang baru sahaja menamatkan sesi persekolahan di Colegio San Agustin-Makati akan menyambung pengajiannya di Atenio de Manila University dalam jurusan Sistem Pengurusan Maklumat.

Sumber: Next Shark

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"