Siakap Keli

(Video) Saintis Israel Dakwa Berjaya Hasilkan Jantung Dengan Salur Darah Melalui Mesin Cetakan 3D

Sepasukan saintis daripada Universiti Tel Aviv, Israel baru-baru ini mendakwa berjaya menghasilkan jantung tiruan melalui cetakan 3D, seperti yang dilaporkan oleh South China Morning Post.

Kejayaan menghasilkan jantung tiruan cetakan 3D sebesar buah ceri itu yang mempunyai tisu manusia dan salur darah didakwa oleh pasukan berkenaan sebagai satu ‘penemuan baru’.

Walaupun perjalanan menghasilkan jantung cetakan 3D yang sempurna masih jauh, pasukan saintis berkenaan berharap ia dapat membantu dalam menjadikan pembedahan pintasan lebih efektif dan jalan menghasilkan semula jantung yang rosak.

”Ia adalah kali pertama mana-mana penyelidik berjaya menghasil dan mencetak semula seluruh jantung lengkap dengan salur darah, sel, ventrikal dan chamber.

”Sebelum ini, saintis hanya berjaya menghasilkan struktur jantung dengan cetakan 3D, tetapi tanpa salur darah ataupun sel,” dakwa Ketua Penyelidik, Tal Dvir.

Ketika ini, pasukan penyelidik berkenaan sedang berusaha untuk memastikan jantung cetakan tersebut benar-benar berfungsi seperti jantung sebenar. Mereka merancang untuk menguji jantung cetakan tersebut pada haiwan di masa depan.

”Mungkin, dalam tempoh 10 tahun, jantung cetakan akan diguna secara meluas di seluruh kemudahan kesihatan terbaik di dunia, secara rutin,” katanya lagi.

Bagaimanpun untuk perkara berkenaan terjadi, hospital mungkin boleh membiasakan diri dengan menggunakan organ cetakan lain terlebih dahulu.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh pasukan penyelidik untuk menghasilkan jantung cetakan untuk manusia dengan teknologi cetakan 3D semasa.

Sumber: SCMP

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.