Siakap Keli
FOTO: ABC News

AirAsia Sahkan Bayi Berusia 2 Bulan Meninggal Dunia Dalam Pesawat

Pihak AiraAsia hari ini mengesahkan bahawa seorang bayi berusia 2 bulan meninggal dunia di dalam pesawat D7236 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Perth, Australia.

Jurucakap AirAsia membuat kenyataan selepas pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth, Australia. Pesawat itu telah diperiksa oleh pihak berkuasa, pasukan perubatan dan juga Polis Australia.

“Keselamatan penumpang sudah pasti menjadi keutamaan kami dan mengikut prosedur, krew penerbangan tersebut telah meminta bantuan medikal sebaik sahaja mendarat.

Kami tidak dapat mengulas lebih panjang mengenai bayi yang meninggal dunia buat masa ini kerana masih disiasat oleh pasukan perubatan. Bagaimanapun, kami mengucapkan takziah buat keluarga bayi tersebut,” katanya.

AirAsia akan membantu untuk penumpang menempah semula tiket yang akan berlepas ke Kuala Lumpur petang ini. AirAsia meminta maaf atas kesulitan yang berlaku terhadap pesawat D7237 yang tertunda.

Sumber: Bernama

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)