Siakap Keli

Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival Hangatkan Litar Sepang, 10 Selebriti Dan Pelumba Profesional Bakal Berlumba Rebut Gelaran Juara Keseluruhan, Masuk Adalah Percuma

Kepada semua peminat sukan permotoran, ini ada berita baik untuk anda. Toyota Gazoo Racing akan mengadakan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival yang akan diadakan pada 27 dan 28 April 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. Bermula pada jam 9 pagi sehingga 6.30 petang anda turut berpeluang berjumpa dengan barisan selebriti terkenal yang turut bersama memeriahkan suasana. Tambah menarik lagi, MASUK ADALAH PERCUMA.

Acara utama, selain selebriti – selebriti terkenal juga pelumba profesional akan berentap sesama sendiri di atas Litar Sepang bagi merebut gelaran juara. Antara selebriti yang bakal terlibat dalam Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival Finale ini iaitu Janna Nick, Nabil Ahmad, Aiman Tino, Khai Bahar, Wany Hasrita dan Shawn Lee, Diana Danielle, Shukri Yahya, Akim Ahmad dan Nabila Razali.

Sebelum ini, barisan selebriti ini sudah berentap sebanyak 3 kali di Kuala Terengganu, MAEPS Serdang dan di Batu Kawan, Pulau Pinang. Percaya atau tidak, selepas 3 perlumbaan Diana Danielle mendahului pungutan mata diikuti Akim Ahmad, Nabil Ahmad dan Aiman Tino.

Setakat 3 perlumbaan ini, Diana Danielle mempunyai peluang cerah untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan di Litar Sepang nanti. Namun, kehebatan Akim Ahmad dan Nabil Ahmad tidak boleh dipandang remeh apabila masing-masing berkongsi 72 mata dan perlu mendapat tempat pertama di Sepang nanti bagi menjulang gelaran juara keseluruhan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival. Siapakah pilihan juara anda?

Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival ini juga bakal menyaksikan para pelumba professional berentap bagi menentukan siapa bakal menjadi juara. Selain daripada pelumba professional, barisan selebriti juga turut akan berlumba sesama sendiri untuk merebut gelaran juara, anda juga bakal berpeluang beramah mesra bersama mereka di Sepang nanti.

Untuk menambah kehangatan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival ini, akan diadakan Toyo Drift Show yang akan dipersembahkan oleh drifter terkenal antarabangsa. Peminat sukan pasti teruja dengan persembahan berkelas dunia ini nanti. Selain itu juga, peminat-peminat artis tempatan seperti Nabil Ahmad, Aiman Tino, Diana Danielle, Shukri Yahya, Shawn Lee, Nabila Razali, Wany Hasrita, Khai Bahar dan Akim Ahmad boleh beramah mesra Bersama mereka di ‘Pit Stop’ dan boleh berselfie bersama artis kesayangan anda.

Pelbagai lagi aktiviti menarik akan diadakan seperti Fun Run dan tarian Zumba untuk pengunjung yang hadir Bersama keluarga dan kawan-kawan. Tidak ketinggalan, konsert juga turut akan diadakan oleh artis-artis terkenal. Untuk memeriahkan lagi suasana, cabutan bertuah turut diadakan untuk pengunjung-pengunjung ke Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival. Antara hadiah cabutan bertuah untuk anda ialah Samsung Galaxy S10, iPad 32GB, Kad Petrol RM150 dan Kad Starbuck RM150.

Anda juga bakal menjadi yang pertama menyaksikan Toyota Yaris, kereta hatchback keluaran terbaru dari Toyota dengan rekaan yang kompak, sporty dan menarik pasti buat anda terpegun. Toyota sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam mengeluarkan kereta yang berkualiti dan seiiring dengan kecanggihan era automotif terkini. Anda juga berpeluang merasai deberan cabaran Hilux yang melalui cerun buatan yang curam.

Selain acara utama perlumbaan, Astro turut terlibat bagi menganjurkan Pitstop Karnival Terbaek Roadshow untuk menambah kemeriahan dan kehangatan Litar Antarabangsa Sepang. Dalam Karnival ini, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sesuai untuk anda seisi keluarga. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan karoke, dan sesi ‘meet and greet’ bersama selebrit-selebriti tempatan.

Jom, bawa isteri, anak-anak, kawan-kawan dan kalau boleh bawa satu kampung ke Litar Antarabangsa Sepang pada 27 dan 28 April 2019 bagi memeriahkan Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival Finale. Untuk pengetahuan anda MASUK ADALAH PERCUMA. Bukan senang nak masuk Litar Sepang secara percuma dan duduk di Paddock Club VIP berhawa dingin, dapat pula tengok selebriti kesayangan anda berlumba di Litar Sepang. Kalau nak tahu siapa bakal jadi juara jom serbu Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival.

Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Toyota Gazoo Racing 

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)