Siakap Keli

Bukan Biasa-Biasa, Kanak-Kanak Ini Bakal Wakili Malaysia Ke Beyblade Asia Championship 2019 Di Korea

Beyblade yang suatu ketika dahulu yang menjadi kegilaan kanak-kanak kelahiran era 90-an secara tiba-tiba menjadi meriah kembali dan dimainkan oleh kanak-kanak ketika ini.

Di pasaran, deretan model-model Beyblade dengan pelbagai warna, saiz dan rekaan ada dijual dimana-mana. Malah, beberapa pihak turut tampil menganjurkan pertandingan Beyblade yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan.

Melalui facebook Beyblade Malaysia yang baru-baru ini telah menganjurkan Pusaingan Kelayakkan Malaysia bagi mencari wakil ke Beyblade Asia Championship 2019 di Korea Selatan sudah pun menemui juaranya.

Kerusi wakil itu diserahkan kepada Lucas Ma selepas berjaya pesaing-pesaingnya termasuk naib juara, Sak Seng Hon dan tempat ketiga, Hadeef.

Selain Lucas Ma yang dipilih mewakili Malaysia ke Korea Selatan, para pemenang juga membawa pulang hadiah seperti hamper dan set permainan Beyblade daripada penganjur.

Siapa sangka, permainan yang dahulunya dimain secara suka-suka kanak-kanak Malaysia kini sudah menjadi trend kembali dan kini kita mampu menghantar wakil hingga ke peringkat Asia. Tahniah kepada pemenang.

Sumber: Beyblade Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.