Siakap Keli

”Ustaz, Kami Belum Ada Baju Lagi”, Kisah Anak-Anak Yatim Dan Mualaf Belajar Di Tadika Pedalaman

Pendidikan adalah hak untuk semua orang. Kita selalu mendengar dengan pendidikan nasib sesebuah keluarga itu boleh diubah, atau lari dari belenggu kemiskinan lalu mencari kehidupan yang senang sedikit.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada yang menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses terhadap pendidikan atas faktor-faktor tertentu.

Seperti yang dikongsikan oleh Yayasan Amal Malaysia ini usaha mereka membinaan tadika khas untuk anak-anak yatin, miskin dan mualaf yang berada di kawasan-kawasan pedalaman di seluruh negara.

Jom kita baca perkongsian oleh yayasan berkenaan di bawah.

“Ustaz kami belum ada baju lagi”

Suasana salah sebuah Tadika Amal Hidayah di Kg Salangan, Pulau Banggi, Pedalaman Sabah. Anda rasa, anak-anak muallaf ini dapat memakai baju seragam untuk sesi 2019 ini?

Insyaallah ada dik, nanti Allah hantar insan Yang kaya jiwa untuk membantu pendidikan adik.

Tuan/puan, kami bina tadika ni bukan untuk perniagaan, tapi semata-mata kebajikan untuk bantu anak-anak miskin, muallaf dan yatim di pedalaman.

Kami telah bangunkan 6 buah tadika kebajikan di pedalaman Sabah dwi fungsi, juga sebagai surau/masjid.

Untuk makluman, pendidikan di tadika ini dijalankan secara PERCUMA termasuk pakaian, peralatan, makanan harian, pengurusan dan kelengkapan lain.

Jumlah tajaan keseluruhan SETAHUN diperlukan anggaran RM108,500.00 sahaja untuk 6 buah Tadika Amal Hidayah dengan anggaran 150 org pelajar tadika.

Kami merayu kepada Allah agar hantarkan anda untuk bantu.

Anda boleh memilih pakej tajaan seperti di bawah atau jumlah terbuka seikhlas hati.

Tajaan Pendidikan : RM150/bulanan

Tajaan Peralatan Belajar : RM150/pelajar

Pengurusan Tadika : RM3333/setahun

Atau terpulang berapa anda boleh sumbang. Jika RM10, 10 orang dah RM100, boleh beri makan kepada 50 orang pelajar SEHARI.

Salurkan sumbangan anda kepada tabung Projek Kami di secara Online : www.billplz.com/tadikapedalaman

Atau Deposit Bank

BANK ISLAM – 13053010003149

BANK MUAMALAT – 13010002499715

MAYBANK – 553010122090

CIMB BANK – 8600296190

Jompay – Code 30833

Rujukan/Reference : Tadika

Mohon maklumkan wakil kami selepas melakukan transaksi sumbangan ke Ustaz Hafizul +6019-647 8285 wasap.my/60196478285

Auto Debit : Potongan automatik secara bulanan hubungi +6012-392 1420

“Berkhidmat Untuk Kemanusiaan, Beramal Kerana Allah”

#NGO
#yayasanamalmalaysia
#dakwah
#kebajikan
#tadikaamalhidayah
#pedalaman

Tolong kami sebarluaskan ya?

Gambar surau dibawah perlu dibaiki untuk dinaiktaraf sebagai tadika dwifungsi di Kg. Binsulong, Beluran.

Sumber: Yayasan Amal Malaysia

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.