Siakap Keli

“Hati Saya Hancur,” Ibu Sebak Anak 2 Tahun Jatuh Dalam Periuk Air Panas Mendidih

Seorang kanak-kanak lelaki berusia hampir dua tahun hampir ‘direbus’ hidup-hidup selepas tidak sengaja jatuh ke dalam sebuah periuk yang mengandungi air panas di Ukraine.

Anak kecil itu menderita dengan keadaan yang melepuh hampir seluruh badan apabila disahkan sehingga 70% daripadanya melecur.

Gambar yang menyayat hati itu diambil oleh sukarelawan amal yang menunjukkan kanak-kanak itu terbaring di tempat tidurnya dengan seluruh badannya dibalut.

Kejadian itu berlaku ketika ibunya memanaskan 40 liter air didalam periuk yang kemudiannya diletakkan di lantai dapur rumah sebelum pergi ke kedai runcit untuk membeli roti.

“Ketika keluar, dia sedang bermain bersama kakaknya sambil menonton kartun.

“Mungkin dia memasuki dapur dan tak sengaja jatuh ke dalam periuk air yang sedang mendidih.

“Suami saya sedang berada di halaman rumah dan tiba-tiba mendengar jeritan lalu bergegas mencarinya.

“Dia kemudian dikejarkan ke unit rawatan rapi dan didiagnosis dengan melecur teruk sehingga 70% dan terbakar pada tahap empat.

“Hati saya hancur dan tak boleh maafkan diri saya.”

Mangsa kini dalam keadaan kritikal dan doktor sedang sedaya upaya menyelamatkan nyawa.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra