Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Terbiasa Sikap Benda Free Buat Apa Bayar,” Restoran Tayang Endgame Dikritik, Netizen Minta Hormati Pembikin Filem

Avengers Endgame, tanda palang yang sentiasa menghiasi hari-hari kita di media sosial minggu ini. Keluarga, sahabat mahupun rakan-rakan pastinya teruja memuatnaik gambar dan status yang mengatakan bahawa mereka telah menonton filem berkenaan. Manakan tidak, ia menjadi ‘bom’ meledak yang menggemparkan dunia, dalam tempoh seminggu tayangannya mereka telah berjaya meraih RM4.9 bilion. Sungguh mengagumkan!

Gambar : CNN

Dikatakan pada hari pertama Endgame ditayangkan di Malaysia, ada yang sanggup menunggu seawal 6 pagi di panggung wayang semata-mata untuk menyaksikan filem aksi fiksyen terbabit. Bahkan, seluruh pawagam sentiasa dipenuhi oleh para peminat adiwara penyelamat dunia yang bakal ‘muncul di depan mata mereka.

Namun dalam kemeriahan demam Endgame tersebut, tular satu video di laman twitter yang menyaksikan sebuah rakaman. Video yang berdurasi 4 saat itu memaparkan kejadian si sebuah kedai makan. Di dalamnya terpapar satu skrin besar yang dipasang filem Avengers Endgame. Dikatakan bahawa insiden itu terjadi di sebuah restoran di Perak.

Perkara itu ibarat sihir yang tular dalam sekelip mata, ia mendapat lebih 5,800 ulang kicau dan 2,600 tanda suka. Video berkenaan mendapat kritikan keras dari netizen terutamanya peminat Avengers. Ia merupakan satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Sedangkan aksi merakam di dalam panggung wayang pun dikira menyalahi undang-undang, inikan pula menayangkan semula di tempat awam.

Gambar : Twitter

Perkara Itu Salah, Cuba Letakkan Diri Sebagai Pembikin Filem

Gambar : Twitter

Bukan Mudah Untuk Buat Filem, Hargai Usaha Orang Lain

Gambar : Twitter

Ubah Mentality Lapuk Yang Menganggap Filem ‘Tiada Nilai’

Gambar : Twitter

Jangan Terus Mengharapkan Semuanya Percuma

Gambar : Twitter

Dalam pada itu, terdapat satu komen yang mendakwa bahawa filem Endgame dapat dimuat turun dari sebuah group telegram.

Gambar : Twitter

Sumber : Nadzrin Nadzer , Faez Jaafar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.