Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Masyarakat Melayu sememangnya dikenali dengan kelembutan kata dan kehalusan budi bicaranya. Malah sejak dari dahulu lagi, ia telah menjadi norma dalam kehidupan di tanah berdaulat ini. Lebih menarik, kata-kata yang dituturkan bukanlah secara terus terang, ia diinterpretasi secara berkias dengan laras bahasa yang begitu indah.
Kemahiran berbahasa ini telah diturunkan dari generasi ke genarasi, segala permintaan, sindiran mahupun hasrat disampai melalui peribahasa, bidalan, pepatah atau kiasan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Ding Choo Ming (2009) mentakrifkan peribahasa sebagai cara untuk menegur, nasihat dan ingatan untuk disampaikan kepada seseorang tanpa menimbulkan rasa marah mahupun perasaan kecil hati.
Malam tadi, hasil tulisan Ahmad Faiz tentang kehebatan orang Melayu dalam mencipta dan menggunakan peribahasa tular di twitter melalui laman Tweet Malaysia. Ia nyata telah membuka mata ramai pihak tentang lenggok bahasa yang mempersona generasi terdahulu. Ciapan tersebut telah diulang kicau lebih dari 5,500 kali oleh pengguna laman terbabit.

Menurut Faiz:
Peribahasa Melayu sememangnya satu cabang ilmu Melayu yg genius. Tapi, kalau hari-hari baca peribahasa yg sama je, mungkin kita tak nampak tang mana hebatnya tamadun Melayu. Thread ni aku kongsikan skit antara peribahasa yg jarang kita dengar : tentang alam, pelayaran, pembuatan besi dan meriam.
Buah kepayang ni dijadikan ramuan dalam masakan Nusantara. Tapi untuk dijadikan makanan ia perlu diproses melalui proses yang panjang, kalau tak, boleh membawa maut. Ada la petua proses dia, aku pun tak ingat.
Jadi kalau membelah kepayang muda (yang belum diproses), dimakan mabuk (boleh bawa maut), dibuang sayang (tak elok buang-buang makanan) – Erti: melakukan suatu yg serba salah.

Peribahasa lain yg sama makna : ditelan mati emak, diludah mati bapa; digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang. Antara pantun yang ada sebut kepayang:
Sayang kepayang buah kepayang,
Mari taruh atas peti,
Kalau sama kasih sayang,
Biar kita hidup semati
Ini antara favourite aku sebenarnya. Lelaki (kumbang) yang pemalu (jinak) pun akan make a move (terbang beredar), kalau wanita (bunga) yg berkenan di hati pun muncul (kembang di taman). Bunga dalam adat Melayu memang sinonim. Sebab tu kalau kita datang nak meminang, kita kiaskan dengan “memetik bunga di taman”.

Bunga dalam adat Melayu memang sinonim. Sebab tu kalau kita datang nak meminang, kita kiaskan dengan “memetik bunga di taman”.

Besi (peluru) kan dibuat melalui tuangan besi cair panas ke dalam acuan. Jadi kalau dua peluru yang dituang seacuan, kan sama rupanya. Peribahasa yang sama: Seperti pinang dibelah dua, Pelanduk dua serupa.

Peluru petunang ni ialah peluru yang telah dijampi. Ia dijampi dengan tujuan setiap bedilan yang dilancarkan akan tepat ke sasaran. Amacam hebat kan orang Melayu dulu? Peluru pun dijampinya. Antara pantun yang ada menyebut perkataan petunang:

Kututuh mari sebatang pisang,
Habis menimba selara padi,
Kutembak dengan peluru petunang,
Naga tak kena ular tak mati.
Jangan ingat Daenerys Targaryen je ada naga, orang Melayu pun ada mitos naga tau.

Kalau semua manusia mempunyai darjat, bakat, citarasa yang sama, mesti hidup ni sukar untuk diteruskan. Atau dalam kata lain, kita memerlukan antara satu sama lain tak mengira apa jua lapisan masyarakat.

Menunjukkan orang Melayu dulu cukup arif dalam ilmu hutan rimba. Diorang tahu yang kalau pokok semua sama tinggi, macam mana nak merasa angin.
Makna mudahnya, kalau kecam orang, dialah nombor satu, tapi bila suruh buat sendiri. Lebih kurang sama dengan peribahasa: Belum bertaji hendak berkokok.

Maksudnya, ucapan seseorang yang menggemparkan orang di mana-mana.

Kalau ada masalah, dekatinya dengan cara yang bijak dan jangan jauhinya. Yelah, kalau berdiri depan bedil memanglah takut sebab situ keluarnya bedilan, tapi kalau duduk pangkal meriam, selamat.

Aku rasa peribahasa ni paling senang nak faham. Kalau tak boleh nak “function” macam meriam, baik diam je.
Secara kasarnya, maksud peribahasa ni ialah tak guna cakap sesuatu perkara dekat orang tak faham bahasa. Orang bodoh yang tak faham makna kiasan atau sindiran

Org dulu berlayar menggunakan tiupan angin. Maka ilmu pelayaran seperti angin perlu dimahirkan. Kalau belayar di musim yang salah, pasti takkan sampai destinasi yang ingin dituju (sia-sia).

Sekeras-keras kayu pun, ia tetap terapung dengan elemen yang lebih lembut daripadanya: air. Sehebat manapun manusia, pasti dia ada kelemahan.

Mengajar binatang dengan pukulan, mengajar manusia dengan kiasan atau sindiran.
Maksudnya, mengandung tetapi selalu keguguran.

Di mana timbul perkara di situlah diselesaikan.

Apa yang kita boleh belajar dari peribahasa-peribahasa Melayu ni? Orang-orang Melayu dulu adalah hebat-hebat belaka. Usahlah dimomokkan lagi bahawa kita nak buat jarum sebatang pun tak pandai. Peribahasa-peribahasa ni je dah cukup membuktikan yang orang Melayu dulu bermain dengan sains dan teknologi dalam hidup sehari-hari.
Sumber : Ahmad Faiz