Siakap Keli

“Sayang Tak Boleh Gerak, Mampu Tengok Dari Jauh Je,” Permintaan Terakhir Cepatkan Tarikh Kahwin Tak Sangka Rupanya Petanda Suami Nak Pergi Dulu

Hati siapa yang tak sedih apabila perkahwinan yang dicapai hanya sempat dirasai beberapa hari.  Kasih sayang seorang suami pergi tiada galang ganti.

Allah lebih sayangkan suaminya, namun bukan mudah untuk seorang isteri menerima berita tragis itu dengan hati yang pasrah.

Pasangan pengantin ini telah selamat diijabkabulkan pada 1 Mei 2018 yang lalu.  Pun begitu, 11 hari bergelar suami dan isteri, tragedi berdarah berlaku menyebabkan salah seorang daripada mereka terkorban.

1 Mei 2018- 1 Mei 2019
Siapa sangka dia pergi dulu sebelum aku.
Siapa sangka dia pergi tinggalkan aku selepas 11hari kami menikah.
Disaat kami sedang bahagia baru menjadi suami isteri yg sah, dia pergi mengadap ilahi.
Pergi dan takkan kembali……..

Terasa gelap dunia aku bila buka mata yg dia dah takda, aku harap yg ni satu mimpi. Tapi tidak, ini lah realiti yg dia dah tiada..
‘Maafkan sayang, tak dapat temankan b masatu, sebab sayang mmg tak boleh bergerak, sayang hanya mampu tengok b dari jauh je. Sayang harap yg b bangun masatu. Tp Allah lebih sayangkan b.

Lepas kejadian tu, bagaikan mimpi ngeri yg terjadi dalam hidup aku.
Tidur aku tak pernah lena, bila pejam mata aku nampak dia dan arwah kawan-kawan aku.
Aku nampak kejadian tu..
Dia pergi depan mata aku, mcmana aku nak lupakan semua tu? mcmana aku nak lupakan perkara yg paling menyakitkan dalam hidup aku.

Sejak haritu hari-hari aku langsung tak bermakna, buat apa aku teruskan hidup tanpa org yg aku sayang..
Aku selalu fikir kenapa Allah tak ambil aku sekali? Kenapa? Kenapa dia tinggalkan sorang-sorang kat sini. Dia janji dia takkan tinggalkan aku.
Setiap hari aku fikir mcmana aku nak teruskan hidup tanpa dia?
Aku jatuh, aku merana.. sakit yg takkan dpt aku ungkapkan dgn kata-kata.

Rindu..
Aku rindukan dia sampai rasa mcm nak mati.
Setiap hari aku doa Allah temukan aku dgn dia walau hanya dalam mimpi, sekejap pun jadilah.
Alhamdulilah, Allah makbulkan doa aku.
Walau hanya dalam mimpi, aku bersyukur.
Sampai rasa taknak bangun dari tidur supaya dpt tengok dia lama-lama..Dia selalu pesan bila dia dah takda nanti, jgn meratap, tak baik meratap dekat org yg dah takda. Yes, i do it….
Sampaikan masa aku tahu dia dah takda, setitik air mata aku takda keluar. Org semua ingat aku tak tahu yg dia dah takda, tp padahal aku nampak semua tu depan mata, tp disebabkan aku ingat pesan dia. Aku tahan. Aku menangis dalam hati. Sakitnya masatu cuma Allah yg tahu.
Tp aku manusia biasa, sedangkan Nabi Muhammad pun nangis anak dia meninggal. Lagi kan aku?
Aku tak mampu lg tahan air mata aku. Sakit yg terlalu sakit.

Aku belajar redha dgn semua takdir ni. Aku belajar terima hakikat yg dia dah tiada. Dia dah kat tempat yg lebih baik. Setiap hari aku ckp dekat diri aku, aku kena redha, ni takdir jalan hidup aku. Allah dah susun baik-baik setiap cerita hambanya. Allah sayangkan dia lebih dari aku mencintai dia. Aku tahu apa kita miliki semua nya milik Allah swt. Aku berharap Allah jagakan dia utk aku dgn baik.

Permintaan terakhir..
Sepatutnya aku kahwin bulan 12/2018 tp dia mintak awalkan sebelum Raya. Aku pelik tp aku turutkan jugak, tak sangka rupanya dia dah nak pergi. Aku lah org paling yg excited nanti dpt sambut puasa dan raya sama-sama as husband and wife, tp sayang semua tu tak sempat. Dia dah pergi tinggalkan aku.

Suami & Anak yg baik..
Dia mmg suami yg baik, walaupun hanya utk 11hari. Aku bersyukur.Dia selalu ckp aku lah yg pertama dan terakhir dalam hidup dia. Dia mmg buktikan aku lah yg terakhir dalam hidup dia. Seorang anak yg tkkn lupa ibu, dia lah.. aku sempat teman dia beli cincin utk hadiah birthday mak dia, tp beli awal. Sbb dia ckp nanti masa birthday mak dia takda. Aku tak pernah sangka yg dia betul-betul takda. Sampai skrg aku rasa ni semua mimpi and dia masih ada.

Aku percaya setiap apa yg jadi pasti ada hikmah disebaliknya, Allah takkan uji kita lebih dari kemampuan kita. Aku selalu doa Allah bg aku kekuatan utk aku tempuh ujian yg akn dtg.
Skrg, aku sedang bangun utk cari sisa-sisa kekuatan yg dia dah bawa pergi sekali. Dulu aku kuat sebab aku ada dia. Skrg aku kuat sbb aku ada Allah.

Suamiku
Semoga tenang disana. Harini genap setahun pemergian awak. Saya rasa mcm baru semalam awk pergi tinggalkan saya. Ye, saya rindut sgt kat awk. Awk tahu kan mcmana saya sayangkan awk? Mcmtu lah saya rasa skrg. Perasaan tu takkan pernah berubah. Saya selalu berdoa supaya Allah satukan kita semua disana nanti.
Setiap yg hidup pasti akan mati. Lambat atau cepat, kita semua pasti akan balik padaNya. Tunggu sayang ye b. Sayang akan menyusul nanti. Rindu dan sayang dekat b takkan pernah hilang. Biarlah saya simpan semua kenangan kita dalam hati yg paling dalam…
Doakan saya kuat utk tempuh hari-hari akn dtg.

Tenanglah… Syurga tempatmu.
AL-FATIHAH Suamiku…
Muhammad Safuan Bin Sazali

AL-FATIHAH utk sahabatku
Muhammad Aseel Habel Bin Akhbar
Mohamad Ridzuan Bin Mohamad

#tragedi1mei2018
#pengantin11hari
#ajal3sahabat

Sumber: Nur Shira

Nur Farra