Siakap Keli

Jantung Berdegup Laju Bila Dalam Bilik Doktor, Anda Mungkin Berisiko Mendapat Tekanan Darah Tinggi

Selalunya ramai yang hanya pergi ke klinik atau hospital semasa sakit sahaja. Orang kata sudah terhantuk baru terngadah, sudah jatuh sakit baru beringat untuk berjumpa yang pakar. Walhal perkara itu sebenarnya boleh dicegah atau diketahui lebih awal sekiranya kita rajin membuat pemeriksaan kesihatan di klinik mahupun hospital.

Pemeriksaan tersebut sebenarnya akan memberi peluang kepada anda untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang tahap kesihatan anda. Kebiasaannya pemeriksaan akan dimulakan dengan memeriksa berat, ketinggian, suhu badan, tekanan darah serta pengambilan darah. Malah, ketika itu, mereka akan melakukan pemeriksaan di bahagian paru-paru, jantungm tekak, mata dan bahagian hidung.

Semasa anda memasuki bilik pemeriksaan, mungkin ada yang akan mengalami situasi seperti ini:

Biasanya tekanan darah normal sahaja. Tetapi bila berada di dalam bilik doktor, jantung mula berdegup laju.

Walaupun doktor itu cukup baik, senyum mesra dan bertanya khabar, hati masih rasa tidak selesa. Bacaan tekanan darah mencanak naik secara tiba tiba.

Gambar : Physician Reviews

Inilah yang dinamakan sebagai sindrom “white coat hypertension.

White Coat Hypertension sememangnya satu istilah yang wujud dalam kamus perubatan. Dalam situasi ini, pesakit akan berasa gementar dengan persekitaran dan suasana di klinik atau hospital sehingga menyebabkan tekanan darah meningkat dari paras normal.

Adakah ini bermakna anda ada masalah tekanan darah tinggi?

Belum lagi. Biasanya, doktor akan meminta pesakit untuk melakukan pengawasan tekanan darah sendiri di rumah.

Kemudian, pesakit akan diminta membawa rekod bacaan tekanan darah tersebut untuk di nilai. Diagnosis tekanan darah tinggi akan di buat sekiranya ada 3 bacaan tekanan darah tinggi dari paras normal.

Gambar : Doctor NVDT

Walaubagaimanapun, kajian terkini menunjukkan Individu yang mengalami masalah ini juga berisiko untuk mendapat komplikasi. Mereka juga berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi dalam situasi lain termasuk semasa bekerja, berehat dan aktiviti seharian lain.

Biasanya pesakit perlu melakukan pemantauan berterusan termasuk melakukan aktiviti pencegahan dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Sumber : Public Health Malaysia

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.