Siakap Keli
Kredit: Africa.com & GhHeadlines

Jasa Yang Dihargai, Guru Di Pedalaman Kenya Bawa Pulang Wang 1 Juta Dolar, Menang Anugerah Guru Terbaik Dunia

Seorang guru sains dari pedalaman Kenya dinobatkan sebagai guru terbaik di dunia dan dianugerahkan hadiah $1 juta, dengan menewaskan 10,000 pencalonan lain dari 179 negara.

Peter Tabichi, 36 yang menyumbang sebahagian besar gajinya iaitu sebanyak 80%  untuk membantu pelajar telah memenangi Hadiah Guru Global Yayasan Varkey 2019. Tabichi yang mengajar matematik dan fizik di Sekolah Menengah Keriko di Kampung Pwani, di bahagian jauh Lembah Rift di Kenya menerima hadiah itu di sebuah majlis di Dubai yang dihoskan oleh pelakon Hugh Jackman.

80% daripada pendapatannya digunakan untuk membantu pelajar termiskin di sekolah yang kurang berkemampuan. Perkara ini kerana lebih 90% muridnya adalah daripada keluarga miskin dan hampir sepertiga daripadanya adalah anak yatim. Pelajarnya juga perlu berjalan sejauh 7km untuk sampai ke sekolah.

Berbekalkan hanya satu komputer dan sambungan internet yang lemah serta nisbah pelajar guru sebanyak 58:1, Tabichi memulakan ‘kelab memupuk bakat’ dan memperluaskan kelab sains sekolah serta membantu muridnya merancang projek-projek penyelidikan yang boleh memenuhi syarat untuk pertandingan peringkat kebangsaan.

Berita baik apabila murid-muridnya memenangi anugerah dari Royal Society of Chemistery berikutan penglibatan mereka dalam pertandingan sains antarabangsa. Mereka telah memanfaatkan tumbuhan tempatan untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Sejurus menerima hadiah, Tabichi berkata, “Saya hanya di sini kerana apa yang telah dicapai oleh pelajar saya. Hadiah ini memberi mereka peluang. Ia memberitahu dunia bahawa tiada apa pun yang mustahil. ”

Sumber: The Guardian

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa