Siakap Keli

Permintaan Terakhir Suami Buat Si Isteri Sebak Sebaik Sedar Daripada Koma

Kita kadang-kadang sering mengambil mudah tentang setiap perkara dalam kehidupan kita. Sebaliknya kita sendiri tahu bahawa kehidupan ini merupakan satu perkara yang sukar untuk diramalkan. Jika hari ini kita mungkin masih disini mungkin esok atau lusa kita telah tiada di muka bumi ini.

Foto ini menceritakan banyak maksud tersirat dan mempunyai cerita yang sangat menyentuh hati. Foto ini telah diambil oleh seorang jurugambar Xu Yingwei yang memenangi tempat pertama di Festival Filem Hong Kong,  diberi judul “Goodbye Kiss”.

Pasangan tua yang berada di dalam foto tersebut sebenarnya merupakan ibu dan bapa kandung jurugambar itu sendiri. Ayahnya telah lama sakit parah dan berada dalam keadaan koma berbulan lamanya.

“Dia sedar dari koma buat seketika dan berbisik kepada isterinya dengan suara yang hampir tidak kedengaran. Dia sempat menyebut perkataan “beri saya ciuman” sebelum isterinya menciumnya dalam esak tangisan.

Foto itu ditangkap semasa dia sedang bersandar dan memberikan ciuman terakhir kepada suaminya.

Ibu bapanya bertemu antara satu sama lain ketika Xu Yingwei berusia kira-kira 7 tahun. Ibu Xu Yingwei adalah gadis yang berada di sebelah kiri di barisan belakang dan bapanya berdiri di sebelah kanan pada barisan yang sama.

GoodTimes

Mereka berdua membesar bersama dan apabila mencapai usia dewasa pasangan itu nekad mendirikan rumahtangga dan ingin hidup berkeluarga. Setelah beberapa tahun mendirikan rumahtangga mereka dikurniakan dengan 3 orang cahayamata yang kini telah membesar dan berkeluarga.

GoodTimes
GoodTimes

Mereka sentiasa dikelilingi oleh kehadiran anak-anak, menantu dan cucu kesayangan mereka.

GoodTimes

Walau bagaimanapun, kehidupan tidak selamanya ceria apabila kesihatan bapa Xu Yingwei perlahan-lahan semakin merosot. Bapanya acap kali dihantar ke hospital dan penjagaan yang diberikan oleh ibunya membuatkan kesihatan lelaki itu bertambah baik.

Ibunya juga boleh diibaratkan sebagai seorang jururawat kerana menjaganya siang dan malam tanpa pernah sekali pun meninggalkan suaminya terlantar keseorangan. Kesihatannya berubah menjadi lebih teruk apabila dia terpaksa diletakkan di atas kerusi roda kerana sudah tidak mampu untuk bergerak lagi.

Namun kerana sifat sayangnya seorang isteri, perkara itu tidak pernah menghalang ibu Yingwei kerana dia sendiri akan menolak kerusi roda untuk membawa suaminya keluar dari rumah ke hospital. Pada hujung minggu, dia sendiri akan membawa suaminya bersiar-siar dan membeli belah.

GoodTimes

Mereka sememangnya tidak dapat dipisahkan kerana semangat ibunya yang kuat mengatakan suaminya akan sembuh suatu hari nanti.

Mereka juga sering bermain catur di masa lapang supaya mereka boleh merehatkan minda mereka berdua.

GoodTimes

Tidak lama kemudian, kesihatan suaminya semakin teruk dan suaminya diletakkan di bawah unit penjagaan rapi (ICU). Semasa di ICU ibu Yingwei menghabiskan sisa hidupnya di hospital kerana ingin sentiasa berada dekat dengan suaminya. Dan semasa suaminya menghembuskan nafas yang terakhir, dia masih lagi memegang erat tangan suaminya yang berusia 84 tahun itu.

Kini, ibunya kerap kali membelek foto-foto lama mereka bersama sepanjang tahun dan masih lagi tidak mempercayai yang suaminya itu kini sudah tiada lagi.

GoodTimes

“Apabila dia merasai kehilangan suaminya, dia juga turut merasakan separuh dari nyawanya juga turut hilang bersama. Namun dia tahu, cinta hatinya itu telah berada di tempat yang lebih baik”. Kata Yingwei.

GoodTimes

Sumber: Good Times

Helmi

"Write every day even if it is just a paragraph"