“Avengers: Endgame” mengutip US$428 juta di seluruh dunia pada hujung minggu kedua, termasuk US $145.8 juta di Amerika Utara dan US$282.2 juta di pasaran luar negara sehingga Ahad.
Diarahkan Anthony Russo dan Joe Russo, filem berkisar mengenai pasukan adi wira dari Komik Marvel the Avengers itu adalah yang terakhir dalam 22 siri filem itu.
China menjadi pasaran antarabangsa paling hebat untuk filem itu, hari pertama tayangannya pada 23 April lalu jumlah kutipan mencecah 3.88 bilion yuan (US$576 juta) dan menduduki ranking ketiga dalam sejarah kutipan pecah panggung di negara itu selepas “The Wandering Earth” dan “Wolf Warrior 2.”
— BERNAMA