Siakap Keli

Pernah Menggemparkan Negara 21 Tahun Lalu, Ini Cerita Terkini Kembar Siam Ahmad Dan Muhamad

Masih ingatkan anda dengan ‘ceritera’ yang di mana satu pasangan kembar siam yang berjaya menggemparkan Malaysia dan negara di rantaunya? Ya, sudah  lebih 20 tahun berlalu, namun nama mereka masih tersimpan segar dalam ingatan kita, Ahmad dan Muhamad!

Kembar bercantum atau lebih dikenali sebagai kembar siam merupakan kes ‘rare’ yang hanya berlaku dalam nisbah 1 : 200,000 kelahiran. Ia terjadi apabila zigot bayi kembar (seiras) gagal untuk terpisah secara sempurna.

Gambar : Mstar

Ahmad dan Muhamad lahir pada tahun 1998 dalam keadaan bercantum ternyata menjadi topik yang selalu berlegar di media elektronik mahupun bercetak ketika itu. Sesiapa pun tidak dapat menahan sebak apabila melihat teletah anak-anak ini yang sentiasa ‘bersama’.

Namun dugaan berat tersebut berakhir apabila pada tahun 2002, Putera Abdullah Abdul Aziz yang merupakan Putera Mahkota Arab Saudi ketika itu menawarkan ‘tangannya’ untuk membantu.

Putera Abdullah Abdul Aziz (Gambar: Medcom)

Dengan kos rawatan yang mencecah hampir RM 1.7 juta, ‘pemisahan’ kembar tersebut akhirnya berjaya dilakukan diHospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi.

Gambar : BS
Gambar : Utusan

Masa terasa begitu cepat berlalu, berusia 21 tahun, Ahmad Rosli dan Muhamad Rosli sudahpun menjejakkan kaki ke menara gading. Ahmad mengambil jurusan Diploma Reka Bentuk Grafik manakala adiknya Muhamad sedang melanjutkan peringkat Ijazah dalam bidang Teknologi Maklumat.

Niat Baik Sememangnya Sentiasa Dipermudahkan

Sepanjang mereka berdua menuntut ilmu, segalanya seolah-olah menjadi mudah. Pihak universiti juga menyediakan kemudahan untuk golongan kelainan upaya seperti mereka. Malah lebih memudahkan pergerakkan mereka adalah apabila jarak antara kelas (dewan kuliah) juga tidak jauh.

Gambar : KampusUols

Terbaru, malam tadi pendakwah dan penceramah bebas Ebit Lew berpeluang untuk bertemu dengan kembar terbabit. Dalam hantaran yang dimuat naik oleh beliau itu tertulis :

Sebak sangat jumpa kembar Ahmad dan Muhammad yang dari dulu dengar kisahnya di kaca televisyen mahupun surat khabar. Hari ini jauh beliau datang dengar ceramah saya. Ya Allah tuhanku. Dulu masa umur 4 tahun dipisahkan. Rezeki mereka masa tu pembedahan 1.7 juta oleh Putera Mahkota Arab Saudi. Allahuakbar.

Diduga Kehilangan Ibu Tercinta

Tak lama ibu kandungnya meninggal disebabkan kanser. Dibesarkan oleh ayah dan ibu tirinya. Syukur ayah ibunya begitu kuat. Dulu dukung kedua anaknya untuk kelas ditingkat 1.

Sekarang belajar dekat Universiti. Kuatnya anak ini. Melihatnya sahaja buat hati saya menangis dan begitu positif dirinya. Pandai, cerdik, hebat. Baik akhlaknya. Beliau tunggu habis ceramah nak berbual-bual dan minta nasihat. Allahuakbar. Saya tanya padanya pernah menangis seorang diri. Yer ustaz pernah.

kadang-kadang. Tadah tangan menangis pada Allah. Doa menangis waktu sujud pada Allah. Memeluknya buat saya rasa sebak dan berdoa berjuta rahmat yang kau sedang beri padanya. Berilah pada diriku.

Rujukan :

Zamilzura Zahari. (2019). Dicapai dari Masih ingat kembar siam Ahmad dan Muhammad? Tak sangka ini perkembangan terbaharu diri mereka pada 6 Mei 2019.

Sumber : Ebit Lew 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.