Siakap Keli

Ditumbuk Dan Anggota Badannya Dipulas Sehingga Patah, Bayi Maut Jadi Mangsa Dera Ayahnya Sendiri

Seorang penagih dadah yang juga seorang ayah ditahan polis selepas terlibat dalam kes pembunuhan bayinya sendiri berusia 3 bualan dalam kejadian yang berlaku di Indonesia, 27 April lepas.

Mengikut laporan Warta Kota, suspek dipercayai mendera mangsa, perempuan, sejak mangsa berusia sebulan lagi kerana malu dengan ststus anak tersebut yang merupakan anak luar nikah.

Suspek sebelum ini pernah meminta pasangan menggugurkan bayi tersebut tetapi ditentang siibu yang kemudian dikahwininya.

”Suspek sebelum ini ada meminta pasangannya untuk menggugurkan bayi tersebut ketika berusia 2 bulan sebelum mereka berkahwin. Tetapi permintaan tersebut ditolak sehinggalah bayi tersebut kemudian selamat dilahirkan,” kata Kapolsek Kebon Jeruk AKP Erick Sitepu.

Media turut melaporkan bahawa kehadiran cahaya mata tersebut tidak mendapat sambutan dingin daripada ahli keluarga kedua-dua pihak.

Suspek juga menganggap bahawa kelahiran bayi tersebut telah membawa nasib tidak baik dalam keluarganya. Ketika ditahan, suspek diuji dan disahkan berada dalam pengaruh dadah jenis syabu.

”Suspek merupakan seorang penagih dadah jenis syabu dan ketika melakukan jenayah berkenaan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah,” katanya lagi.

Jasad mangsa ketika ditemui mempunyai kesan-kesan lebam pada hidung, dahi dan mulut serta kesan gigitahn pada bahagian pipi. Selain, siasatan polis juga menunjukkan beberapa bahagian tubuh mangsa serta kesan pulas pada bahagian kaki, tangan dan tulang punggung.

Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun.

Sumber: Warta Kota

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.