Siakap Keli

Penyelidik Dakwa Kolam Bola Plastik Sangat Kotor Dan Dipenuhi Kuman, Boleh Sebabkan Pelbagai Penyakit Berbahaya

Kolam bola plastik yang berwarna-warni sangat menarik perhatian kanak-kanak terutama jika mereka sendiri melihat kanak-kanak sebaya mereka bermain dan ketawa gembira sambil terjun ke dalam kolam bola plastik. Kolam  bola plastik yang berada di pusat membeli belah menjadi tarikan malah ada sesetengah ibu bapa akan meninggalkan anak-anak mereka di sana sementara mereka membeli belah.

Namun, kajian yang dijalankan oleh saintis mengakui bahawa kolam bola plastik tersebut sangat kotor, dipenuhi kuman dan akan menyebabkan anak-anak anda sakit. Penyelidik dari University of North Georgia menjalankan kajian di enam tapak permainan kanak-kanak dan menjumpai lebih 31 jenis bakteria yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti jangkitan kencing sehingga ke jangkitan lapisan jantung.

Taman permainan ini sangat kotor walaupun ia kelihatan bersih namun setiap bola yang dimainkan oleh kanak-kanak yang datang dari pelbagai tempat tidak dibersihkan sehingga berbulan-bulan dan ia kekal dimainkan oleh kanak-kanak lain.

Para penyelidik menyarankan agar setiap peralatan permainan yang disediakan untuk kanak-kanak perlu diseragamkan pembersihanya agar kanak-kanak yang bermain  di sana tidak terdedah kepada penyakit dan dapat mengurangkan penyebaran kuman yang tidak disengajakan penyebaranya.

Kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Infection Control turut mendakwa bahawa kolam bola plastik tapak permainan di restoran makan segera McDonald (Play Place Ball Pits) adalah lebih kotor berbanding di tandas restoran mereka sendiri.Tapak permainan ini adalah dengan tujuan membangunkan kemahiran motor dan deria kanak-kanak dan ahli terapi fizikal sering menjadikan ia sebagai sejenis permainan terapautik.

Para penyelidik turut menulis bahawa ia bakal menjadi mimpi ngeri ibu bapa jika mereka sendiri tahu betapa banyaknya kuman yang ‘dimainkan’ oleh anak-anak mereka, termasuklah kotoran muntah dan kotoran air kencing. Mereka juga mendapati lebih 31 jenis kuman yang didapati hanya pada enam biji bola plastik yang mereka ambil sebagai diuji.

Para pengkaji juga membuat penilaian untuk melihat perbezaan kuman mengikut bola yag berbeza kedalaman. penyelidik mendapati purata bakteria sebanyak 170,818 untuk setiap bola. Satu bola mempunyai 712,000 sel mikroorganisma. Walaupun setiap bola plastik itu banyak bakteria, salah satunya munkin pepijat yang berasal dari manusia yang mungkin menyelinap melewati sistem kekebalan tubuh kanak-kanak termasuklah Enterococcus faecalis, Staphyoccus hominis, Streptococcus oralis dan Acinetobacter iwofii.

Secara kolekif, pepijat ini boleh menyebabkan sepsis, jangkitan saluran kencing, endokarditis (jangkitan lapisan jantung), meningitis ( radang selaput otak), jangkitan saluran darah, jangkitan kulit dan pmeumonia pada kanak-kanak. Dan jika anda fikir orang dewasa tidak terkesan dengan kuman dari taman permainan kanak-kanak, anda silap. Ibu bapa juga boleh terkena penyakit strep throat (radang tekak dan kesukaran bernafas sehingga boleh mempengaruhi jantung dan ginjal) selain jangkitan kulat pada kulit sensitif.

Semua kuman yang disebutkan di atas adalah sangat berbahaya kepada kanak-kanak. Hal ini menjadi lebih buruk apabila ada anak-anak kecil yang bermain dengan keadaan kulit mereka yang terluka. Segala kuman yang melekat hanya menunggu masa sahaja untuk masuk ke dalam kulit dan berlakunya jangkitan penyakit.

Para penyelidik menyatakan bahawa ada kajian yang lebih besar akan dijalankan, tetapi ‘jika perlu’ mungkin terdapat beberapa protokol atau tatacara diperlukan untuk pembersihan piawai yang dibina untuk membatasi kehadiran kuman dan bakteria dalam persekitaran kanak-kanak.

Sumber: Daily Mail

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia