Siakap Keli

Selepas Dinobatkan 100 Individu Paling Berpengaruh Dunia, Tun Mahathir Kini Di Kedudukan Ke-47 Pemimpin Terhebat Dunia

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh Di Dunia 2019 menerusi Majalah Time.

Selain Tun Mahathir, antara pemimpin dunia lain yang turut disenaraikan adalah Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan; Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump; serta Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.

Terbaru, beliau yang digelar ‘Bapa Permodenan Malaysia’ telah disenaraikan sekali lagi oleh Fortune sebagai Pemimpin Terhebat Dunia sebaris dengan tokoh dunia lain, antaranya Bill Gates dan Putera Harry.

Beliau disenaraikan atas dasar sumbangan yang diberikan sekaligus dilihat sebagai inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Senarai penuh 50 tokoh dunia yang dinobatkan sebagai pemimpin hebat.

Sumber: Fortune

Nur Farra