Siakap Keli

Tersentuh, Rumah Terbakar Malam Pertama Ramadhan, Ayah Abadikan Gambar Anak Perempuan Bersama Anak Patung Kesayangan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Setiap momen terindah dalam hidup selalunya diabadikan dalam gambar kerana menjadi sesuatu yang bernilai untuk dikenang sepanjang hayat. Namun, berbeza pula dengan gambar seorang anak kecil yang dirakam di rumah yang hangus dijilat api dalam tragedi yang berlaku malam satu Ramadhan lalu.

Anak ini yang beraksi di depan kamera dengan muka polos, berlatar belakangkan rumah terbakar sambil memegang anak patung kesayangan menggamit sejuta emosi dan perasaan sesiapa yang melihatnya.

Pemilik gambar berkenaan, Fitrin Ruslee ketika dihubungi Siakap Keli berkata, kanak-kanak tersebut yang bernama Noreen Aqilah merupakan anak bongsunya yang berusia 3 tahun. Tragedi tersebut diabadikan bersama anaknya sehari selepas kejadian di Kampung Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah, Perak sebelum menjadi tular di media sosial.

Menurut Fitrin, kebakaran tersebut yang berlaku pada ahad selepas waktu maghrib telah memusnahkan keseluruhan kediaman jirannya dalam masa kurang 20 minit. Rumah beliau yang berada bersebelahan pula berjaya diselamatkan dengan pertolongan orang ramai. Mujurlah tiada kehilangan nyawa yang berlaku.

Moga urusan kesemua mangsa dipermudahkan. Jom kita lihat perkongsian gambar-gambar seperti di bawah. Gambar yang penuh dengan nilai sememangnya akan terus sampai kepada hati dan perasaan!

Foto foto yang begitu ikonik ini sempat dirakamkan oleh jurugambar bebas, En Fitrin Ruslee di Kg Tersusun Air Kuning, Kampung Gajah, Perak.

Kebakaran yang terjadi di rumah jirannya ini berlaku semasa malam pertama Ramadhan dan hampir merebak ke rumah beliau. Alhamdulillah, semua pihak yang terlibat selamat dan tidak berlaku sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan.

Beliau juga sempat mengambil foto secara ad hoc semasa dan selepas kejadian kebakaran yang telah mengakibatkan rumah tersebut hangus terbakar sepenuhnya.

Manakala gambar gadis kecil yang diambil tersebut adalah anak beliau bersama anak patung kesayangannya.

Api marak menyambar

Rumah hangus terbakar

Ayah, mana rumah kita?

Awak jangan risau ye, ayah dah selamatkan kita!

Saya bacakan awak buku macam selalu okay?

Ingat lagi tak motor yang kita naik dengan ayah sama-sama?

Sumber : Seladang Perak/Fitrin Ruslee

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.