Siakap Keli
Gambar Hiasan

Meninggal Dunia Sehari Sebelum Ramadan, Pendakwah Muslim Jepun Ini Pernah Islamkan Ramai Orang Jepun Dan Bina Masjid Sendiri

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Semua orang akan pergi juga, tidak mengira waktu dan umur. Pemergian tokoh muslim Jepun iaitu Ustaz Abu Mahdy Akira Hamanaka bukan sahaja ‘ditangisi’ rakan-rakan pendakwah, malah seluruh kaum muslim Jepun turut berkongsi kesedihan masing-masing.

Mungkin di Malaysia tidak sepenuhnya mengenali beliau. Tetapi sepanjang hayatnya, beliau sangat mengemarkan Malaysia sehinggakan fasih berbahasa Melayu.

Untuk pengetahuan semua, beliau adalah orang pertama yang mendirikan masjid sendiri di Jepun yang dikenali sebagai Masjid Niihama, Jepun. Warga Jepun telah menggangapnya sebagai orang pertama muslim di Jepun.

Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Muslim di Hashimoto.

Beliau sangat berminat dengan sukan badminton

Secara peribadinya, beliau merupakan antara pendakwah yang terawal di Jepun. Memeluk Islam ketika berumur 19 tahun dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke sekolah pondok di Kuala Selangor. Beliau jugalah antara orang yang menghubungkan Jepun dengan malaysia dalam bidang sukan badminton.

Setelah tamat pendidikan asas Islam, beliau melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Beliau juga antara pendakwah yang terawal mengembangkan Islam di Jepun. Boleh dikatakan ramai warga Jepun yang memeluk Islam dibawahnya.

Marilah sama-sama kita mendoakan orang yang telah pergi kerana itu adalah kewajiban bagi umat Islam yang masih hidup. Meskipun sudah berpisah di kehidupan dunia, Allah masih memberikan rahmat kepada orang yang beriman untuk bisa memberikan kebaikan.

Sumber: Zulkarnain Hasan Basri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang