Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selepas Avengers: Endgame, kini hanya tinggal Spider-Man: Far From Home sahaja yang tinggal sebagai filem terakhir dalam Fasa 3 untuk Marvel Cinematic Universe(MCU).
Jadi bila pula Fasa 4 bagi siri filem terkenal ini bermula? Jawapannya sudah pun terjawab apabila Marvel Studios telah pun mengumumkan tarikh tayangan bagi lapan(8) filem Fasa 4 MCU nanti. Tarikh yang dimaksudkan ialah:
1 Mei 2020
6 November 2020
12 Februari 2021
7 Mei 2021
5 November 2021
18 Februari 2022
6 Mei 2022
29 Julai 2022
Akan tetapi, mereka tidak menyatakan secara spesifik filem-filem yang bakal ditayangkan pada tarikh-tarikh berkenaan.
Walaubagaimanapun, Marvel Studios kini dikatakan sedang dalam proses rakaman bagi filem The Ethernals, mandiri Black Widow, Shang-Chi, Black Panther 2, Doctor Strange 2, Guardians of the Galaxy 3 serta Captain Marvel 2.
Tahun 2020 akan menjadi tahun yang kurang menyeronokkan bagi peminat Marvel memandangkan mereka mungkin hanya akan menayangkan dua filem baharu sahaja.
Dalam pada itu, filem Spiderman: Far From Home akan ditayangkan pada 2 Julai ini dan berikut adalah video trailer terbaru bagi filem tersebut:
Sumber: Polygon