Siakap Keli

7 Manfaat Yang Boleh Anda Perolehi Daripada Cahaya Matahari Waktu Pagi

Jangan mengeluh jika anda berpanas ketika hendak keluar rumah ke tempat kerja. Sebagai rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan khatulistiwa dan beriklim tropika, kita sepatutnya bersyukur tinggal di bumi bertuah ini. Cahaya matahari sepanjang tahun dan menerima sepenuhnya manfaat dari sumber tenaga itu.

Sumber cahaya matahari bukan sahaja bermanfaat untuk tumbuhan dan haiwan, malah manusia sendiri memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Cahaya matahari mempunyai vitamin D yang sangat bagus untuk kulit. Inilah yang menjadi punca kenapa ramai warga kulit putih datang ke negara-negara asia. Ya, untuk mendapatkan vitamin D secara percuma.

Selain itu, ahli kesihatan menyarankan agar membina atau mencari rumah yang menerima sepenuhnya cahaya matahari. Ini adalah kerana manfaat cahaya matahari itu sendiri yang mampu membunuh bakteria dalam rumah selain rumah yang menerima cahaya matahari dapat menjimatkan tenaga elektrik dengan menggantikan tenaga elektrik kepada tenaga solar.

Namun begitu, untuk peringatan, cahaya matahari pagi yang bermanfaat untuk manusia yang dinyatakan di atas ialah pancaran yang bermula pada jam 6.00 hingga 9.00 pagi sahaja. Selepas waktu itu, elakkan untuk terkena kulit secara berlebihan. Apatahlagi bagi mereka yang sangat  menjaga kecantikan wajah.

Antara manfaat lain cahaya matahari kepada tubuh badan ialah;

1. MENURUNKAN TEKANAN DARAH

Manfaat cahaya matahari mampu menurunkan berat badan apabila sinaran ultraviolet (UV) melepaskan oksida nitrat yang menurunkan tekanan darah. Dalam penelitian terbaru yang dilakukan oleh Universiti Edinburgh, doktor kulit telah membuktikan bahawa cahaya UV memberi kesan kepada penurunan tekanan darah pada setiap responden.

2. TIDUR LEBIH NYENYAK

Manfaat cahaya matahari mampu menyebabkan seseorang tidur lebih nyenyak. Hal ini adalah kerana senyawa bernama melatonin akan terangsang akibat pantulan cahaya matahari pagi. Ia bergantung kepada berapa banyak sinar matahari pagi yang diterima oleh tubuh. Melatonin adalah hormon yang mengatur tidur dan terletak didasar otak.

3. MATAHARI PENAWAR JANGKITAN DAN PEMBUNUH BAKTERIA

Manfaat cahaya matahari pagi mampu membunuh bakteria dan virus. Untuk merawat tuberkulosis, erysipelas, keracunan darah, peritonisis, pneumoniamumps, dan asma, terapi sinar matahari pagi sangat diperlukan. Bahkan, beberapa jenis kanser dapat dibunuh dengan sinar UV. Selain itu, penyakit kulit juga dapat dikurangkan pembiakannya dengan panahan matahari.

4. MEMPERTINGKAT KEKEBALAN TUBUH BADAN

Saat kulit terkena sinar matahari pagi, sel darah putih akan bertambah, terutamanya limfosit yang digunakan untuk menyerang penyakit. Secara tidak langsung, antibodi akan ikut meningkat. Keadaan ini akan bertahan sehingga tiga minggu. Menurut pakar, untuk mendapatkan manfaat matahari pagi dengan berjemur selama 10 minit di bahawah matahari. Anda boleh lakukan satu hingga dua kali seminggu dapat mengurangkan risiko selsema sehingga 40%.

5. MENGURANGKAN GULA DALAM DARAH

Sinaran matahari boleh dikatakan sebagai insulin percuma yang memberi kemudahan penyerapan glukosa untuk masuk ke dalam sel-sel tubuh. Inilah yang merangsang tubuh untuk mengubah gula darah menjadi glycogen, yang kemudianya disimpan di dalam hati dan otot. Proses inilah yang menurunkan kadar gula darah.

6. MATAHARI MEMBENTUK DAN MEMBAIKI TULANG

Manfaat cahaya matahari yang seterusnya ialah dapat membaiki tulang berikutan vitamin D yang meingkat dalam tubuh badan. Sinaran matahari ini meningkatkan penyerapan kalsium dan menjadi solusi kepada pembentukan dan pembaikan tulang selain mencegah penyakit seperti rakhitis dan osteomalacia. 

7. DEPRESI

Depresi merupakan salah satu gangguan berhubung kejiwaan dan mental seseorang. Salah satu cara untuk mengubati depresi selain dirujuk kepada doktor pakar ialah, membawa pesakit berjemur dibawah cahaya matahari. Sinar cahaya matahari akan merangsang kelenjar endorfin dalam tubuh untuk membuatkan seseorang berasa tenang dan bahagia. Perasaan ini sama seperti rasajatuh cinta pada seseorang dan terbukti mampu mengurangkan keresahan yang dialami oleh pesakit.

Sumber: Dokter Sehat, Manfaat.co

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia