Siakap Keli

Satu Persatu Allah Bukakan Jalan Untuk Adik Ainul Lebih Mudah Dapatkan Rawatan

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat pemurah dan suka membantu. Alhamdulillah, baru-baru ini urusan keluarga adik Ainul dipermudahkan apabila menerima bantuan dari banyak pihak baik dari segi kewangan dan urusan birokrasi.

Terbaru, dua jam selepas bapa Ainul, Ahmad Safiuddin bertanya tentang tatacara membuat passport di Facebook, dia terus dihubungi pegawai imigresen yang menawarkan bantuan untuk memudahkan Ainul membuat passport tanpa perlu ke pejabat imigresen.

Ahmad Safiuddin juga mengesahkan mereka turut dihubungi wakil Malayia Airlines untuk menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan urusan perubatan adik Ainul di London.

Semuanya macam Allah dorongkan jalan. Allah gerakkan hati kita semua untuk berbuat baik.

Tadi, pegawai kanan di Putrajaya mahu bantu Ainul untuk buatkan passport tanpa perlu kami pergi ke imigresen. Maksudnya, beliau dengan pegawai lain akan datang ke rumah buat passport di rumah.

Baru ni, orang ramai di Twitter minta MAS Airlines untuk benarkan Ainul naik flight ke London dan semalam Dr. dari department Medical Mas Airlines ada hubungi saya bertanya tentang keadaan sebenar Ainul untuk beliau bantu.

Satu per satu Allah bukakan jalan.

Sebak betul kami sekarang ni. Macam tidak percaya dahulunya kami ini bukan sesiapa, tetapi hari ini rata-rata masyarakat menyebut nama Ainul.

Ke mana sahaja kami pergi sekarang ini, mesti akan disambut orang. Semuanya baik hati!

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan, anda boleh terus salurkan ke akaun Maybank bapa Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak; 554110509928.

Sumber: Ahmad Safiuddin

Amira

Love yourself.