Siakap Keli

Sayang Nak Buang ‘Barang Lama’, Tapi Kalau Simpan Nanti Bersepah? 7 Panduan Ini Mungkin Boleh Menyelesaikan Masalah Anda

Pasti anda pernah rasa berat hati nak lupuskan barang-barang lama yang tak lagi boleh digunakan semata-mata kerana ia adalah pemberian seseorang? Jangan risau. Anda tidak keseorangan. Seramai 2 hingSayang ga 6 peratus populasi dunia mempunyai sindrom yang sama – hoarding disorder.

Hoarding disorder merupakan satu sindrom di mana seseorang individu mengalami kesukaran untuk melepaskan barang yang dimiliki samada dengan tanggapan barang tersebut mempunyai nilai sentimental, atau ia akan digunakan pada masa hadapan.

(Gambar: Daily Mail)

Kalau anda seorang yang gemar mengumpul resit, kotak dan beg kertas setelah membeli-belah, tips dari Marie Kondo ini berguna untuk anda. Tugas mengemas rumah tidak lagi sesukar yang dibayangkan.

1. Kenalpasti barang yang membuatkan anda berasa gembira

Jika barang tersebut mampu membuatkan anda tersenyum atau berasa senang hati ketika melihatnya, maka simpanlah barang tersebut. Tetapi jika anda tidak pasti adakah ianya akan digunakan atau terus terbiar di sudut bilik, lebih baik anda lupuskannya.

2. Kemas bilik secara bersendirian

Ahli keluarga mungkin akan buatkan anda ragu-ragu untuk melupuskan barangan lama anda, membuatkan matlamat utama anda untuk mengurangkan barangan di dalam almari tidak kesampaian. Ingat, jangan berfikir dua kali.

3. Buang tag harga

(Gambar: Brivote.com)

Selepas membeli-belah, terus buang tag harga dan letakkan semua barang di tempat yang mudah dilihat. Hal ini boleh mengelakkan anda terlepas pandang kewujudan barang tersebut, lantas membiarkannya berhabuk hinggalah dijumpai semula dua bulan kemudian.

4. Kemas beg dan dompet setiap hari

Singkirkan segala jenis sampah seperti tisu, resit, plastik gula-gula dsb dari beg anda.  Terus catat perbelanjaan anda dalam aplikasi kira-kira, jangan tunggu sampai tulisan pada kertas resit itu hilang.

(Gambar: Nwkinsman)

5. Kitar semula buku dan nota-nota lama

Ada antara kita yang masih menyimpan buku-buku, diari dan nota ketika zaman belajar untuk dijadikan kenangan. Simpan sebahagian yang betul-betul membuatkan anda gembira, dan lupuskan selebihnya dengan cara yang betul.

6. Berhenti kumpul hadiah percuma dan sampel produk

Ada antara kita yang pantang nampak botol-botol sabun di hotel, semua nak dikutipnya. Tak perlulah kutip bekas-bekas sabun hotel untuk dibawa ke percutian seterusnya. Bila anda ingin ke destinasi percutian berikutnya, kemungkinan besar anda sendiri tidak ingat ke mana perginya botol-botol sabun mini yang anda kutip dulu.

7. Tiada yang kekal di dunia ini, termasuk hadiah hari jadi anda

Hadiah merupakan objek manifestasi penghargaan seseorang kepada kita. Mereka yang memberi tidak mengharapkan anda menggunakan hadiah tersebut sehingga hari tua. Jadi, jangan rasa serba salah melupuskan kad harijadi 10 tahun lepas sebelum ia dimakan anai-anai.

(Gambar: Venuelook)

Semoga berjaya!

Sumber: BuzzFeed

Amira

Love yourself.