Siakap Keli

Viral Jet Pejuang Tentera Kebangsaan Hampiri Ruang Udara Kejut Penduduk Bangun Sahur

Tentera Nasional Indonesia Angkata Udara (TNI AU) menerusi akaun Twitter mereka memberitahu kegiatan kejut penduduk bangun sahur dengan menerbangkan pesawat pejuang di beberapa wilayah.

Dalam posting tersebut, beberapa kota akan dilintasi oleh pesawat tersebut termasuk Surabaya, Surkarta, Yogyakarta, Klaten dan Sragen.

Aktiviti tersebut bertujuan merangka waktu penerbangan bagi juruterbang selama sebulan di bulan Ramadhan.

Ia sekaligus membolehkan mereka untuk kejut penduduk bangun sahur dengan cara yang unik bagi umat Islam di sekitar wilayah itu menjalankan ibadah puasa.

“Misi utama penerbangan ini untuk maintain kemampuan terbang malam atau subuh bagi pesawat tempur ini, tapi dalam masa sama kita boleh bangunkan mereka untuk bersahur,” kata Ketua Juruterbang, Kolonel Sus M Yuris.

“Pukul 10.00 pagi adalah batas waktu yang diberikan oleh pasukan perubatan untuk terbang ketika waktu puasa kerana lebih dari waktu itu, kadar gula darah sudah menurun dan tidak fit untuk terbang kecuali membatalkan puasa jika diperlukan,” kata Yuris.

“Jadi terbang subuh dan membangunkan masyarakat untuk sahur adalah combined mission,” ucap Yaris.

Penerbangan ini membawa bunyi yang sangat kuat kerana pesawat tempur ini diterbangkan pada tingkat rendah betul-betul di atas ruang udara penduduk.

Sumber: Kompas

Nur Farra