Siakap Keli

“Dah Lama Tak Peluk Ayah Ustaz, Ayah Saya Garang”, Rintihan Anak Gelandangan Ketika Didampingi Ebit Liew

Di kala orang lain tidur berbantalkan tilam empuk dalam persekitaran bersih, ada antara kita yang sudah lama tidak mempunyai tempat berteduh. Bahkan dari usia awal belasan tahun, sudah ada yang terpaksa tinggal di bawah jambatan sendirian tanpa keluarga.

Setiap orang mempunyai jalan dan ujian tersendiri dalam kehidupan masing-masing. Tak terjangkau akal kita untuk menafsirkan kisah hidup setiap orang di sekeliling. Oleh itu, adalah lebih baik kita berhusnudzon dan berhenti

Baru-baru ini, perkongsian Ustaz Ebit Lew ketika menziarahi gelandangan sewaktu sahur menyentuh hati banyak pihak.

“Terkadang kita rasa tak cukup dengan apa yg ada, terasa ujian yg Allah bagi kat kita nie terlampau berat. Rupanya ada lagi insan-insan yg lebih berat ujian yang Allah berikan. Lagi berat ujian, lagi banyak pahala yang dapat kalau kita bersabar. Terima kasih ustaz atas kasih sayang ustaz. Moga Allah kurniakan kesihatan, kesabaran dan kebaikan untuk ustaz,” kata Tyaanour.

Berikut adalah perkongsian Ustaz Ebit;

Sebak bila sahur pagi tadi bersama saudara dan kawan-kawan di jalanan. Yang tua, muda dan anak-anak. Bila lihat mereka tidur dijalanan begitu terasa berat hati ini. Ada pakcik tu mula sampai menari-nari dan kata ustaz apa khabar selamat puasa. Lama tak jumpa. Sedih rasa

Ada makcik-makcik macam mak-mak kita tidur ditepi jalan. Bila tanya pasal keluarga masing-masing sedih. Dan semua ada kisah hidup masing-masing. Hanya Allah yang maha mengetahui sebenarnya

Lagi sedih ada anak-anak umur 14 dan 15 tahun lelaki perempuan yang dah tak sekolah. Sebaya anak-anak kita yang sedang lena menanti sahur sedap-sedap. Meh peluk ustaz. Diaorang peluk saya erat. Pernah peluk ayah begini. Dah lama tak peluk ustaz. Ayah saya garang. Cuba tengok ni kesan pukul belasah dah biasa ustaz. Ni kesan pisau. Dia suruh saya berhenti belajar saya ni degil dan tak pandai. Ya Allah lagi sedih rasa. Bagaimanalah keadaan anak-anak ini nanti

Ada beberapa orang abang ni suara sedap. Siap menyanyi untuk saya waktu sahur ini. Ada juga jumpa orang ketagihan dadah. Dah lama tak balik rumah. Bila dakwah dan cerita keluarga mereka menangis peluk saya. Ya Allah siapa sangka waktu sahur ini ada seribu satu kisah hidup manusia. Dan mengajak kepada Allah dan akhirat menjadi penawar kesedihan dan duka hati mereka

Rindunya pada Rasulullah saw dan para sahabat rhum. Betapa jauhnya dengan mereka semua. Semoga Allah terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pohon doakan projek dakwah dan membantu semua seramai mungkin. Pohon doakan program Keluarga Sunnah tour Oktober nanti.

Nak tolong bantu gelandangan secara langsung kita tak mampu, jadi marilah kita sama-sama infakkan sebahagian rezeki kita untuk perjalanan dakwah Ustaz Ebit.

Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM)

CIMB 8603546376

View this post on Instagram

Sebak bila sahur pagi tadi bersama saudara dan kawan-kawan di jalanan. Yang tua, muda dan anak-anak. Bila lihat mereka tidur dijalanan begitu terasa berat hati ini. Ada pakcik tu mula sampai menari-nari dan kata ustaz apa khabar selamat puasa. Lama tak jumpa. Sedih rasa . Ada makcik-makcik macam mak-mak kita tidur ditepi jalan. Bila tanya pasal keluarga masing-masing sedih. Dan semua ada kisah hidup masing-masing. Hanya Allah yang maha mengetahui sebenarnya . Lagi sedih ada anak-anak umur 14 dan 15 tahun lelaki perempuan yang dah tak sekolah. Sebaya anak-anak kita yang sedang lena menanti sahur sedap-sedap. Meh peluk ustaz. Diaorang peluk saya erat. Pernah peluk ayah begini. Dah lama tak peluk ustaz. Ayah saya garang. Cuba tengok ni kesan pukul belasah dah biasa ustaz. Ni kesan pisau. Dia suruh saya berhenti belajar saya ni degil dan tak pandai. Ya Allah lagi sedih rasa. Bagaimanalah keadaan anak-anak ini nanti . Ada beberapa orang abang ni suara sedap. Siap menyanyi untuk saya waktu sahur ini. Ada juga jumpa orang ketagihan dadah. Dah lama tak balik rumah. Bila dakwah dan cerita keluarga mereka menangis peluk saya. Ya Allah siapa sangka waktu sahur ini ada seribu satu kisah hidup manusia. Dan mengajak kepada Allah dan akhirat menjadi penawar kesedihan dan duka hati mereka . Rindunya pada Rasulullah saw dan para sahabat rhum. Betapa jauhnya dengan mereka semua. Semoga Allah terima semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pohon doakan projek dakwah dab membantu semua seramai mungkin. Pohon doakan program keluargasunnah tour oktober nanti. Buat yang ingin infak ini no akaun cimb 8603546376 pertubuhan kasih umat Malaysia -ebitlew Pertubuhan Kasih Umat Malaysia (PKUM) CIMB 8603546376

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Sumber: Ebit Lew

Amira

Love yourself.