Siakap Keli

Guna Gambar Mangsa Culik Untuk Kenyataan Politik, Senator ‘Telur’ Australia Sekali Lagi Dikecam Warga Maya

Tidak serik dibaling telur akibat mengeluarkan kenyataan berbaur rasis, Fraser Anning sekali lagi menaikkan kemarahan warga maya apabila mengeksploitasi kesedihan sebuah keluarga Muslim untuk kepentingan politik.

Ahad lalu, dia dikatakan telah berkongsi gambar keluarga el-Dennaoui di Facebook dengan kapsyen;

“Jika mahu berjiran dengan Muslim, undi sahaja Parti Buruh.”

Keluarga tersebut dikatakan telah kehilangan anak perempuan berusia 19 bulan, Rahma yang masih belum ditemui sejak 14 tahun lepas hingga kini.

(Gambar: Daily Mail)

Gambar tersebut sebelum ini digunakan keluarga tersebut untuk membuat rayuan bagi mendapatkan maklumat mengenai Rahma pada tahun 2010.

Kiriman berkenaan mendapat ribuan kecaman yang memalukan Anning sebelum dia bertindak memadam kenyataan tersebut pada Isnin lalu.

“Ini gambar daripada berita mengenai kes penculikan kanak-kanak. Kanak-kanak tersebut tidak pernah dijumpai,” kata salah seorang pengguna.

“Fraser Anning mengeksploitasi kesakitan dan trauma keluarga ini untuk kepentingan politik. Tolong laporkan post ini.”

Rahma, 19 bulan diculik dari rumahnya pada November 2005 dan belum dijumpai sehingga kini. (Gambar: Daily Mail)

Rahma telah diculik dari rumahnya di Sydney pada 10 November 2005 dan belum dijumpai sehingga sekarang.

Kanak-kanak itu berkongsi bilik bersama dua orang kakaknya sebelum dipecah masuk melalui net penghalang serangga antara pukul 2 hingga 8 pagi.

Australia akan mengadakan pilihanraya umum pada 18 May ini.

Sumber: Daily Mail

Amira

Love yourself.