Siakap Keli

Kejam, Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan, Habis Satu Badan Digigit Nyamuk

Jam 6.50 pagi beberapa hari lalu, Balai Polis Chalong Krung, Thailand menerima berita gempar apabila salah seorang penduduk tempatan menemui seorang bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam bakul sebuah kedai.

Bayi tersebut dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan tali pusat yang masih terlekat serta kesan gigitan nyamuk hampir di seluruh badannya.

Menurut media, bayi tersebut telah dijumpai seorang kanak-kanak berusia 14 tahun yang ketika itu dalam perjalanan di salah sebuah pasaraya berhampiran rumahnya.

Semasa berjalan melalui kedai tersebut, dia terdengar suara tangisan bayi namun tidak perasan sebarang kelibat anak kecil berhampiran kawasan itu.

Walau bagaimanapun, dia yang sedikit cemas berlari mendapatkan ibu saudaranya untuk mencari tangisan bayi tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila mendapati seorang bayi comel dibungkus dengan kain dan diletakkan di sebelah meja berhadapan kedai.

Ketua Polis negara itu memberitahu media bahawa bayi tersebut telah dibawa ke hopsital untuk rawatan segera dan disahkan selamat.  Namun, menyedihkan kerana badannya penuh gigitan nyamuk kerana mungkin telah dibiarkan terlalu lama.

Sumber: JS100

Nur Farra