Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sepanjang bulan Ramadan, ramai insan yang mengambil kesempatan untuk mempertingkatkan amalan dan mengimarahkan masjid serta surau bagi merebut pahala dan keberkatan bulan mulia ini.
Namun, tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk mencari wang mudah menjelang Syawal dengan cara yang terkutuk iaitu mencuri harta orang lain di masjid mahupun di surau.
Antara barangan yang sering menjadi sasaran ialah motorsikal. Perkara ini bukan sahaja terjadi di negara kita, malah turut berlaku di negara luar termasuklah jiran kita sendiri iaitu Indonesia.
Keresahan memikirkan keselamatan harta benda pastinya mengganggu kekusyukan kita ketika beribadah kepada Allah. Akan tetapi, bagi jemaah di Masjid Jogokariyan, Yogyakarta, ia bukanlah menjadi masalah besar.
Ini kerana pihak masjid akan menggantikan setiap harta milik jemaah yang hilang tidak kisah jika ia adalah sepasang selipar mahupun sebuah motorsikal.
Menurut pegawai masjid tersebut, mereka bertindak sedemikian bagi memastikan jemaah dapat beribadah dengan tenang. Tambahnya lagi, kecurian sukar untuk dibendung walaupun pihak masjid telah memasang puluhan CCTV serta mengupah enam orang pengawal di sana.

Jika barangan anda hilang di masjid tersebut, anda hanya perlu melaporkan kepada pengurusan masjid dan mereka akan melihat semula rakaman kamera litar tertutup CCTV.
Sekiranya terbukti barangan anda dicuri, pihak masjid akan menggantikannya serta merta. Wang hasil kutipan parkir digunakan bagi menanggung perbelanjaan ini.
Sumber: Suara Jogja