Siakap Keli

“Anak Boleh Tersedak Dan Berisiko Maut”, Jangan Suap Makanan Kisar Pada Anak Guna Botol Susu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin sudah biasa bagi sesetengah masyarakat yang memberi makan kepada bayi menggunakan botol susu. Tetapi mereka tahu atau tidak ianya sangat bahaya jika kerap berlaku.

Ada sesetengah pendapat memberi makan melalui sudu akan berisiko pembiakan kuman sedangkan puting  botol susu itu merupakan tempat utama pembiakan kuman terutamanya apabila tidak dibersihkan dengan betul.

Jururawat ini berkongsi tentang risiko penggunaan botol untuk menyuap makanan pada bayi yang berusia atas 6 bulan. Beliau menasihatkan ibu-ibu di luar sana supaya jangan jadi bongkak jika ditegur.

Pemberian makanan melalui botol begini mempunyai risiko di mana anak mudah tersedak makanan kernan tidak boleh mengawakl jumlah aliran keluar makanan itu. Pada usia 6 bulan bukanlah waktu yang sesuai untuk memberi makan dalam kadar yang banyak sebaliknya pada umur berkenaan hanya mula untuk mengenali rasa.

Kalau sudah tersekat saluran penafasannya,dalam masa 4 minit oksigen tidak masuk dalam otak juga menyebabkan ‘brain death’dan masuk pada paru-paru. Bahayakan?

Kita sebagai ibu, mesti ada beg khas untuk anak kecil, takkan sudu lebih untuk anak tidak boleh sediakan?

Sebab itulah Kementerian Kesihatan Malaysia mempunysi garis panduan pemberian makanan pada usia yang ditetapkan supaya perkembangan anak tidak terjejas kesihatannya.

Pada usia 6 bulan,barulah sistem penghadaman bayi sudah matang. Antara keadaan mereka sudah matang untuk mendapatkan makanan rutin adalah:

  • Boleh duduk tanpa sokongan atau sedikit sokongan dan boleh mengawal kepalanya.
  •  Cepat lapar atau meminta susu lebih kerap selepas diberi susu.
  •  Mampu mengawal lidah dengan baik.
  • Mula mengunyah atau menggerakkan mulut sepeti mengunyah.
  •  Gemar memasukkan benda kedalam mulut.
  • Menunjukkan minat kepada makanan atau yang anda makan atau cuba merampas makanan dan membuka mulutnya.

Tetapi perlu diingatkan anda juga tidak boleh:

  • Mencampur semua makanan berlainan jenis kepada bayi dalam satu masa semasa memperkenalkan makanan pelengkap.
  • Elak beri makanan yang boleh membuatkan bayi tercekik seperti kekacang, daging ayam yang tidak dilecek/carik sempurna.
  • Paksa bayi untuk makan atau beri makanan berlebihan. Berhenti apabila anak anda memalingkan muka atau mengeluarkan makanan yang disuap.
  • Weaning/memperkenalkan makanan pelengkap di usia 6-8 bulan BUKAN untuk memberikan bayi kenyang tetapi memperkenalkan bayi dengan tekstur dan rasa.
  • Mulakan pengenalan makanan pada unsur karbohidrat seperti nasi, oats, gandum, kentang, ubi, keledek kemudian barulah sayur dan buahan.
  • Diusia 7-8 bulan perkenalkan pula dengan protein base diet.
  • Pemberian cerelac tidak digalakkan kecuali dicadangkan oleh dietician atas masalah bayi yang tertentu.

Jangan sesekali memberikan anak makan menggunakan botol, ibu-ibu jangan terikut dan memberi mudarat kepada anak kelak.

Sumber: Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang