Siakap Keli
Gambar Hiasan

Selalu Rasa Sakit Pada Tapak Kaki? Ini 4 Punca Utama Yang Anda Tidak Tahu

Sakit tapak kaki adalah satu keluhan yang sangat mengganggu bagi sesiapa saja yang mengalaminya. Mungkin bagi seseorang yang berbadan besar akan mengalami masalah sering sakit pada tapak kaki disebabkan berlebihan berat badan atau masalah obesiti yang anda alami.

Pada bulan Ramadan ini adalah satu cara terbaik korang untuk turunkan berat badan yang ideal untuk keselesaan dan sebagai salah satu jalan terbaik untuk kekalkan ia selama-lamanya.

Ada beberapa faktor penyebab sakit kaki antara yang popular adalah berat badan. Bahagian kaki akan menampung berat tertentu sahaja. Jika berlebihan akan memberikan tekanan berlebihan lalu menyebabkan regangan berlebihan di kaki.

 2. Selalu bersukan

Bukan bersukan tidak baik, tetapi ia salah satu punca anda sakit pada tapak kaki. Bagi mereka yang selalu bersukan dengan terlampau aktif juga mempunyai risiko untuk mendapat sakit pada tapak kaki.

3. Penggunaan kasut yang tidak sesuai

Selain daripada beberapa punca, penggunaan kasut yang slah jugamenyebabkan tekanan tidak dapat disebarkan secara sama rata dipermukaan tapak kaki.

4. Memakai kasut tumit tinggi

Sakit pada tapak kaki juga disebabkan memakai kasut tumit tinggi dalam masa jangka yang lama. Ia disebabkan tekanan tertumpu pada bahagian jari kaki.

Jika anda mengalami sakit pada tapak kaki dalam masa yang panjang, pergilah rujuk pada doktor yang berkaitan supaya tidak memudaratkan kesihatan anda.

 

 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang