Siakap Keli

Dianggap Sebagai Hero Terkuat, Tapi Kenapa Captain Marvel Macam Tak Wujud Dalam End Game? Ini ‘Hintnya’

Walaupun sudah beberapa minggu berlalu, filem MCU, Avengers: End Game masih lagi menjadi buah mulut para peminat filem Hollywood itu di seluruh dunia.

End Game yang merupakan filem terakhir fasa 3, turut manampilkan beberapa adiwira baru antaranya Captain Marvel yang dianggap sebagai sebagai superhero terkuat dalam MCU.

Bagaimanapun, ada yang merasa kecewa ataupun tertanya-tanya kerana peranan yang dimainkan oleh Captain Marvel dan Infinity War adalah sangat minima dan satu-satunya kehadirannya yang dikenang adalah saat dia memusnahkan kapal induk Thanos di penghujung cerita.

Seperti yang anda tahu, Captain Marvel mempunyai filem berasingan yang ditayangkan sebulan lebih awal daripada End Game. Malah bayangan kehadirannya seolah-olah begitu penting seperti yang ditunjukkan oleh post-credit scene Infinity War. Tetapi kenapa perananya tidak seberapa dalam End Game?

”End Game adalah cerita mengenai 6 adiwira utama dalam fasa ketiga. Itu yang kami mahu fokuskan dalam filem ini, sebagai kesimpulan kepada perjuangan 10 tahun watak-watak tersebut. Tetapi Carol (Captain Marvel) adalah watak baru diperkenalkan.

”Dia tidak mempunyai ikatan emosi dengan watak-watak utama. Ia adalah satu kelebihan tetapi apabila anda menghasilkan filem sebesar ini, anda memerlukan jalan cerita yang kuat dan tersendiri bagi memastikan kehadirannya dirasai dalam filem.

”Disebabkan Captain Marvel adalah watak baru, kami merasakan dia memerlukan jalan cerita yang kuat untuk diketengahkan,” kata Russo Brothers.

Selain itu, Captai Marvel yang sering ‘hilang’ dalam End Game juga sebagai bayangan kepada peminat Marvel bahawa ada planet-planet berpenghuni lain di luar sana yang turut memerlukan perlindungan superhero, bukan Bumi sahaja.

”Kami sukakan idea ini, dan kami boleh menghasilkan seribu cerita mengenai Captain Marvel. Disebabkan kuasanya, dia sentiasa diperlukan”.

Sumber: Digital Spy

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.