Siakap Keli
Gambar Hiasan

Apa Akan Jadi Jika PTPTN Dimansuhkan, Ini Penjelasannya

Antara isu yang sentiasa hangat dibahaskan adalah berkenaan dengan pinjaman wang dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Saban hari, bulan mahupun tahun perbincangan mengenai perkara ini seakan-akan tidak berpenghujung. Malah, baru-baru ini, ia kembali menjadi topik utama di ruangan akhbar, portal berita dan media sosial.

Sebenarnya, PTPTN berfungsi sebagai perbadanan yang menguruskan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada mahasiswa yang melanjutkan pengajian di universiti awam mahupun swasta sejak tahun 1997. Mereka turut menyediakan skim simpanan pendidikan iaitu Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Gambar Hiasan

Ia merupakan tempat bagi pendeposit untuk menyimpan wang bagi tujuan pendidikan dan masa depan anak-anak. Sesuai dengan fungsinya sebagai tempat pemberi pinjaman, mereka juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran daripada peminjaman.

Dan di sinilah masalah mula timbul apabila terdapat individu yang lansung tidak pernah membayar kembali pinjaman tersebut dan data terkini ini menunjukkan bahawa ia adalah seramai 356,000 dan pihak PTPTN terpaksa menanggung tunggakan sebanyak RM 2.8 bilion.

Jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Dimansuhkan

Rentetan dari itu, pihak mereka telah mengeluarkan analogi bagaimanakah keadaan atau apa yang bakal terjadi sekiranya PTPTN dimansuhkan.

[1] Sektor swasta perlu tampil untuk menyediakan pinjman pendidikan tinggi 

Pinjaman kormesial tidak menerima subsidi kerajaan dan menyebabkan peminjam perlu membayar kadar faedah yang jauh lebih tinggi.

[2] Bilangan Pelajar yang mendapat akses ke pendidikan tinggi berkurangan terutamanya kumpulan B40

Kemudahan pinjaman PTPTN banyak memberikan manfaat kepada kumpulan B40. Proses kelulusan yang lebih ketat oleh institusi kewangan mungkin menyukarkan golongan berpendapatan rendah.

[3] Hutang perlu ditanggung oleh kerajaan dan pembayar cukai 

Kerajaan dan pembayar cukai perlu menanggung bebanan hutan PTPTN yang besar sekali gus akan memberi beban kepada kewangan negara.

[4] Ketidakadilan kepada peminjam yang telah selesai membayar balik. 

Tanggungjawab membayar pinjaman bagi peminjam sedia ada akan menjadi tanggungjawab kerajaan dan pembayar cukai. Peminjam yang telah menyelesaikan pinjaman pula mungkin akan menuntut bayaran balik daripada PTPTN sebagai keadilan untuk pihak mereka.

 

Gambar : Bernama

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.