Siakap Keli
Gambar Hiasan

Minta Tolong Kucing Liar Kesan Kucing Korang Yang Hilang, Ramai Dah Cuba Teknik Ini

Bagi mereka membela kucing dan sukakannya pasti akan rungsing dan bersedih jika ada berita mengenai kehilangan kucing tersayang. Bahkan bagi seseorang ia merupakan masalah yang terbesar dan sukar untuk diselesaikan.

Tetapi pernah atau tidak anda berfikir tentang bagaimana cara untuk mengesan kucing anda melalui kucing liar di luar sana? Mungkin ia dikatakan pelik, namun, belum cuba belum tahu bukan?

Ini apa yang terjadi pada seorang pengguna twitter, Charlie berbangsa Jepun mengguna cara mengesan kucingnya yang hilang berhari-hari melalui kucing-kucing jalanan yang berkeliaran di setiap lorong-lorong bangunan.

Dia memuatnaik tweet mengatakan kucingnya telah hilang dan dibalas komen oleh warga net yang memberitahu cara mudah untuk mengesan adalah memberitahu kepada kucing jiran atau kucing liar sambil berkata “Jika kamu nampak kucing saya, beritahunya untuk pulang dengan segera” jelas sekali dengan cara ini sangat berkesan.

ia mungkin tidak masuk akal, tapi setelah dia mencuba, akhirnya kucing yang hilang itu muncul di depan rumah pada hari keesokkannya.

Gambar: Charlie

Malah ramai juga yang mencuba kaedah ini untuk mengesan kucing mereka yang hilang.

“Ibu saya mencuba kaedah ini dan keesokkanya kucing saya pulang ke rumah”

“Saya sudah mencari kucing saya di merata tempat dan terserempak dengan kucing liar, lalu saya memberinya makan dan berpesan pada kucing liar itu untuk bercakap dengan kucing saya, Selang setengah jam, kucing saya pulang”

Kaedah ini juga sangat berkesan kepada anjing juga. harap ia bermanfaat kepada semua. Jangan bersedih lagi wahai pengemar kucing sekalian.

Sumber: Charlie

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang