Siakap Keli
Foto: IG faziani_rohban, IG aliffsyukriterlajaklaris, FB Dato Seri Vida.Fanpages

“Baru Pulang Umrah, Terus Ke Pusat Tahfiz Serah Zakat”, Rakan Bisnes Kongsi Kebaikkan Arwah Faziani

Pemergian yang dicemburui. Itulah yang boleh dikatakan kepada bagaimana Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas Dnars Skincare yang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Thailand pagi ini.

Beliau dikatakan dalam perjalanan ke sebuah sekolah pondok di Yala bagi menyampaikan sumbangan bagi menyempurnakan zakatnya ketika kemalangan berlaku.

https://www.instagram.com/p/Bxl6oKmF4LQ/

Bukan itu sahaja, arwah juga dikatakan baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah beberapa hari yang lepas. Tidak cukup dengan itu, pemergian beliau juga adalah di dalam bulan Ramadan yang mulia di sisi Allah swt.

Dato Seri Vida, pengasas Vida Beauty Sdn Bhd tidak dapat menyembunyikan kesedihan atas pemergian arwah dan beliau sendiri mencemburui kematian arwah di samping berkongsikan kebaikan-kebaikan yang pernah dilakukan semasa hayat arwah dalam satu kiriman di Instagram-nya.

View this post on Instagram

Masih terkejut.. Macam tak percaya.. Sekelip mata.. Menggigil tubuh saya dapat mesej.. Dinars dah meninggal.. . . ARWAH FAZIANI.@faziani_rohban . RAKAN SEPERJUANGAN PERNIAGAAN Kematian yg dicemburui.. Bulan baik.. bulan ramadhan.. Dalam perjalanan hantar zakat utk anak yatim.. Baru balik umrah.. Seorang yg kuat beribadat. Selalu pergi umrahh.. Saya sendiri jeles dgn arwah tak putus putus berjuang buat amal ibadat.. MALAH SY BILA KE MEKAH..AKAN IKUT CARA ARWAH YG MMG PULUNG BUAT UMRAH BERKALI KALI SEHARI.. . . BARU BARU NI.. Saya perasan wajah arwah lain .. Masa dok up up gambar kat IG.. Sya buat terjemahan sendiri.. Bagai bagai..bila rasa lain raut wajahnya . . Selepas balik dari umrah 3 hari.. Kejar ibadat lagi.. . Sayuu.. 😭 Allah yg tahu.. Last bertemu dan bersembang panjang kat Tanah Merah ..rumah kak Ti masyrik.. . . ALLAH SAYANG ARWAH.. SEORANG YG BERHATI MULIA.. SYURGA MENANTI MU SAHABAT.. Mari sama2 kita sedekahkan al fatihah kpd arwah.. . Al Fatihah .

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Menurut seorang lagi pengasas yang disegani, Dato’ Aliff Syukri melalui kiriman di Instagram-nya sebentar tadi, Allahyarham tidak melepaskan peluang untuk memberikan sumbangan serta mengerjakan umrah setiap tahun.

https://www.instagram.com/p/Bxl2GyBptT1/

Beliau ternyata terkejut dengan berita pemergian arwah kerana menurutnya, mereka sudah berjanji untuk bertemu pada malam ini dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Dato’ Aliff.

Ternyata orang ramai sangat ‘cemburu’ dengan cara pemergian arwah dan tidak kurang juga yang berkongsikan kebaikan arwah.

Foto: IG aliffsyukriterlajaklaris
Foto: IG aliffsyukriterlajaklaris
Foto: IG aliffsyukriterlajaklaris
Foto: IG aliffsyukriterlajaklaris

Sumber: IG datoserivida, IG aliffsyukriterlajaklaris, IG iqbar_hakim

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi