Siakap Keli

Pengasas Produk Kosmetik Dnars Skincare Kemalangan, Meninggal Dunia Di Tempat Kejadian

Pengasas produk kosmetik Dnars, Hajjah Faziani Rohban Ahmad dilaporkan maut dalam satu kemalangan di Pattani, Thailand.

Berita tersebut disampaikan di Instagram milik anaknya, Dnarfaziani.

“Untuk semua, bonda kesayangan kami telah kembali kepada Ilahi. Untuk yang mengenali, minta sedekahkan al-Fatihah bebanyak. Thank you.”

 

Dalam perjalanan bayar zakat

Dalam satu kiriman oleh Datuk Seri Vida, mangsa dikatakan sedang dalam perjalanan untuk memberi sumbangan zakat di Yala bersama suaminya. Mangsa maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga , Hajjah Faziani bt Rohban ahmad (Pengasas Dnars skincare) yang telah pulang ke rahmatullah pada hari ini dalam kemalangan jalan raya . Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
.
pergi dalam bulan yang mulia..
dalam perjalan hantar zakat ..

Takziah, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

AL FATIHAH!! Terkejut dapat berita pemergian seorang usahawan yang dihormati @faziani_rohban pengasas kosmetik Dnars. Beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya di Pattani Thailand. Takkan saya lupa perbualan seorang ironlady yang sangat humble dan sopan. Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. InshaAllah. 😔 #alfafihah#innalillahiwainnailaihirojiun

Sumber: Dnarfaziani,

Amira

Love yourself.