Siakap Keli

Kenapa Lalat Selalu Gosok Kaki? Ini Sebab Yang Anda Perlu Tahu

Lalat merupakan serangga yang sering kita lihat terutamanya pada makanan terdedah dan juga kotoran seperti bangkai. Jika dilihat pada serangga itu dengan lebih teliti, lalat kebiasaannya akan menggosokkan kedua-dua kakinya bersama ketika berehat.

Adakah anda pernah terfikir mengapakan lalat berkelakuan seperti itu?

Lalat sebenarnya mempunyai mempunyai deria rasa istimewa di kaki mereka. Kebolehan ini adalah untuk membolehkan mereka tahu akan jenis makanan dan mengenal pasti sekiranya makanan tersebut boleh dimakan atau tidak.

Oleh itu, tabiat lalat yang sering menggosok kaki mereka bersama-sama adalah untuk memastikan kaki mereka bersih. Perbuatan ini supaya segala kekotoran dan benda lain dapat dibuang dari deria rasa mereka yang terletak di kaki. Adalah sangat penting untuk membersihkan kaki mereka supaya dapat bekerja kembali untuk mencari makanan.

Walaupun lalat dikenali sebagai serangga yang kotor, namun serangga ini mempunyai sifat untuk membersihkan diri. Ini kerana selain menggosokkan kaki untuk dibersihkan, lalat juga kadang-kadang membersihkan bahagian lain di tubuh mereka seperti seperti kaki yang lain, sayap dan juga mata mereka.

Sumber: Jake’s Nature Blog

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa