Siakap Keli

MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Petang Ini Di Sebelas Buah Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa buah negeri melibatkan negeri Semenanjung dan luar Semenanjung.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dijangkakan negeri yang terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Sabah, Sarawak, Pahang, Selangor, Wp Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Kawasan yang terlibat sehingga jam 5 petang ini ialah Kerian dan Larut, Matang Dan Selama (Perak), Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru (Johor), Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei(Pakan dan Sarikei, Miri(Telang Usan) dan Limbang (Sarawak) serta Pedalaman (sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Sabah).

Ribut petir yang dijangka melanda sehingga jam 7 malam hari ini pula ialah bagi kawasan Muallim(Perak), Raub dan Bentong (Pahang), Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat (Selangor), WP Kuala Lumpur, dan Jelebu (Negeri Sembilan).

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa