Siakap Keli
Foto: China Daily, SCMP

Bumbung Kelab Malam Tiba-Tiba Runtuh, Empat Maut, 87 Lagi Cedera

Seramai empat orang mangsa terkorban sementara 87 orang lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan bar tiba-tiba runtuh di Guangxi Zhuang, China pada Isnin.

Menurut laporan, seorang dari mangsa yang cedera kini dalam keadaan kritikal manakala 53 orang yang lain sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan di hospital.

Salah seorang pekerja di bar berkenaan mendakwa bekalan elektrik di bangunan tersebut telah terputus sejurus sebelum bumbungnya runtuh secara tiba-tiba.

Para pelanggan yang berada di dalam bar berkenaan terus kekal di sana walaupun tiada bekalan elektik kerana hari sedang hujan ketika kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, beliau sempat menyelamatkan diri kerana berada berhampiran dengan pintu keluar ketika bunbung itu mula runtuh.

Pihak bomba meneruskan pencarian bagi mengesan mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan namun setakat ini tiada tanda-tanda mengenainya telah ditemui.

Dalam pada itu, pemilik bar tersebut telah ditahan oleh pihak polis bagi membantu proses siasatan.

Sumber: China Daily, SCMP

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi