Siakap Keli

Chelsea Umum Christian Pulisic Selamat ‘Mendarat’ Di Stamford Bridge

Chelsea FC akhirnya melengkapkan perpindahan pemain Amerika Syarikat, Christian Pulisic dengan yuran perpindahan sekitar £58 juta (RM108,834). Pulisic yang sebelum ini beraksi bersama Borussia Dortmund sejak berusia 15 tahun lagi meninggalkan kelab kesayangannya itu dan bersetuju untuk menyertai kelab yang berpengkalan di London.

Untuk rekod, Christian Pulisic mula menyertai skuad senior Borussia Dortmund dari akademi sejak tahun 2016. Sejak dari itu, Pulisic telah membuat 81 penampilan dan merekodkan 10 gol. Rekod bersama skuad kebangsaan pula, Pulisic membuat 25 penampilan bersama pasukan Amerika Syarikat dan mencatatkan 10 gol.

Kredit: Chelsea FC

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)