Siakap Keli

Asteroid Dengan Bulan Mini Dijangka Hampiri Bumi Dalam Masa Terdekat – NASA

Sistem Asteroid Binari yang dikenali sebagai 1999 KW4 yang telah dilihat pada 20 tahun lepas akan kembali kelihatan pada 25 Mei ini. Ketika proses itu berlaku, jaraknya daripada Bumi adalah kira-kira 3 batu.

Asteroid tersebut yang hadir sebagai dua objek yang berlainan iaitu batu angkasa besar yang berukuran 1.3 kilometer lebar dan sesuatu yang lebih kecil akan mengorbitnya.

Walaupun objek tersebut dikelaskan sebagai ‘berpotensi berbahaya’, 1999 KW4 dijangka berada dalam 3,216,271 batu dari Bumi atau 13.5 kali jarak ke bulan.

Menurut pemerhatian oleh ESA, objek tersebut semakin menghampiri planet kita menjelang 25 Mei ini.

Melalui pemerhatian, objek ini dapat dilihat sedikit tergenlincir dengan rabung gunung di sekitar khatulistiwa dan bergerak sepanjang asteroid tersebut.

Asteroid tersebut telah diperhatikan oleh agensi ruang angkasa bersama dengan kerjasama Observatoire des Makes di pulau La Reunion Perancis pada tahun 1999. Menerusi itu, mereka telah memasang puluhan teleskop untuk mendapatkan pemerhatian yang lebih terperince.

Sumber: Mail Online

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa