Siakap Keli

Giliran Panasonic Gantung Urus Niaga Dengan Huawei

Setelah beberapa syarikat besar telah menghentikan perniagaan dengan Huawei, kini giliran Panasonic mengikuti langkah tersebut. Syarikat Panasonic sebelum ini membekalkan beberapa komponen yang tertentu kepada Huawei Technologies. Namun begitu, syarikat besar itu enggan memaklumkan komponen yang terlibat dalam larangan tersebut.

Tindakan itu diambil bagi mematuhi sekatan Amerika Syarikat terhadap syarikat pengeluaran China itu. Syarikat yang berpangkalan di Osaka, Jepun mengatakan kira-kira 25% atau lebih teknologi atau bahan berasal daripada negara tersebut.

Melalui larangan itu, Panasonic telah mengarahkan pekerjanya untuk menghentikan penghantaran beberapa komponen kepada syarikat Huawei.

“Panasonic telah mengarahkan pekerja untuk menghentikan transaksi dengan Huawei dan 68 sekutunya yang diliputi oleh larangan AS”

Berikutan isu ini, Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat telah menyekat syarikat Huawei daripada membeli barangan daripada Amerika. Namun, buat sementara waktu mereka telah melonggarkan sekatan ke atas Huawei bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna yang sedia ada.

Sumber: CNBC

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa