Siakap Keli
Gambar Hiasan

Ibu Mengandung Wajib Baca, Ini Tips Ketika Berpantang Selepas Bersalin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Berpantang adalah satu fasa yang mustahak bagi kaum ibu selepas bersalin. Bak kata orang, fasa inilah yang menentukan kesihatan seorang ibu untuk jangka masa panjang. Berpantang ini juga untuk mengembalikan semula keremajaan dan awet muda kepada ibu bersalin.

Ramai orang sekeliling kita mula menasihatkan dan mengemukakan pelbagai jenis petua berpantang itu dan ini.  Tetapi yang paling penting anda perlu menilai logik petua itu supaya tidak memudaratkan mana-mana pihak.

Mungkin sedikit mudah untuk yang bersalin secara normal, jika anda bersalin secara pembedahan, mungkin agak rumit jika tidak berpantang dengan elok. Asalkan anda perlu menjaga pemakanan, jaga kebersihankawasan luka dan menjaga kebersihan diri.

Ini adalah nasihat daripada seorang jururawat mengenai petua-petua yang diberikan oleh selain doktor dan jururawat.

Jagaan luka selepas pembedahan bukannya satu perkara yang amat susah asalkan anda jaga pemakanan, jaga kebersihan kawasan luka dan menjaga kebersihan diri.

Meletakkan kunyit, halia, lengkuas, kacip mak timah, daun serai, manjakani dan lain-lain boleh menyebabkan iritasi pada luka selain boleh menyebabkan infeksi secondary akibat penyediaan ramuan yang tidak bersih.

Secara umumnya, saya akan nasihatkan anda untuk:

  • Menjaga kebersihan diri dan sekitaran.
  • Mengambil pemakanan yang sihat.
  • Pengawalan berat badan yang optimum.
  • Mengawal paras gula bagi pesakit kencing manis

Selain itu, anda perlu;

1. Memastikan bahagian luka sentiasa bersih dan dirawat dengan betul

Seperti lakukan ‘dressing’ atau dikenali sebagai prosidur mencuci luka. Kebiasaannya bagi kes tertentu, temujanji ke klinik berdekatan akan diberikan bagi tujuan pencucian luka yang sempurna oleh kakitangan kesihatan. Waktu pencucian luka pula, ada yang perlu dilakukan setiap hari dan ada yang dilakukan 2hari sekali. Ia bergantung kepada keadaan luka tersebut.

2. Pastikan bahagian luka disebabkan kecederaan atau luka jahitan sentiasa dalam keadaan kering

Terutama 24 jam pertama kerana kelembapan merupakan medium kepada pembiakan kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

3. Jika diberikan ubat sapuan ( krim) : Seelok-eloknya luka dicuci terlebih dahulu dengan saline/air bersih kemudian barulah disapukan ubat (krim) tersebut.

4. Jangan sesekali mengusik bahagian luka yang mula mengering

Misalnya cuba untuk mencungkil parut kering atas luka kerana ini mungkin boleh menyebabkan luka terjadi semula atau jangkitan dan ini melewatkan peyembuhan. Ataupun menyentuh luka dengan tangan yang kotor kerana dikhuatiri kuman di tangan akan menjangkiti luka.

5. Luka jahitan dan luka pembedahan perlu sentiasa diperiksa untuk memastikan tidak ada jangkitan atau jahitan yang terbuka.

Perhati tanda-tanda jangkitan kuman pada luka seperti:

  • Terdapat lelehan cecair atau nanah daripada bahagia luka.
  • Kulit sekitar bahagian tersebut merah dan kelihatan bengkak.
  • Luka kelihatan seperti terbuka dan apabila disentuh, akan merasa sakit.
  • Demam

Jangan sesekali meletakkan ubatan lain selain ubatan yang dibenarkan/dibekalkan oleh hospital bagi mengelakkan risiko luka menjadi semakin parah atau jangkitan pada luka terjadi.

Mencuci luka pula ada teknik yang betul bagi mengelakkan risiko jangkitan silang iaitu jangkitan oleh flora semulajadi kulit/kawasan berhampiran.
1. Guna SATU gauze/ kapas kepada satu cucian.
2.  Cuci luka dari kawasan capaian yang jauh ke kawasan yang dekat.
3. Cuci dari kawasan bersih ke kawasan kotor (disini, kawasan luka dikira bersih berbanding kawasan luarannya)
4. Pastikan tangan dicuci sempurna sebelum dan selepas melakukan cucian luka.

Sumber: Bel Nawhen

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang